Thursday, November 11, 2010

Jalan-Jalan Cari Ilmu 1 - Ummu Qays

Jordan - Ummu Qays


Rasenye dah lame dah tak update. Hari ni baru ada rase sedikit kerajinan. Sikit je pun. Tak banyak. Kali ni nak story pasal tempat yang korang semua mesti tak tahu punye. Except budak jordan la.

Haa. Nak tahu ape dia??? Teruskan membaca sehingga habis ye. Agak-agak kalau tengah dahaga ke lapar ke, lebih baik makan and minum dulu. Sebab bila dah start bace, confirm tak boleh berhenti punye. (bajet macam  entry ni best je. huhu)

Hari Selasa baru ni, ada pilihanraya di Irbid ni. Sepatutnya saya nak calonkan diri tapi tak sempat. Rakyat-rakyat Irbid jangan sedih ye. Tahun depan sila undi saya. Insya Allah kebajikan anda terjaga. Hua hua hua. (minta maaf sebab merepek terlalu sikit banyak)

So, disebabkan memang sure yang kawasan saya ni akan dibanjiri penyokong-penyokong yang sangat bersemangat waja dan tinggi menyokong calon mereka, so saya pun decide untuk menyokong sekali keluar dari kawasan ni. Pergi merantau sekejap walaupun sehari je. Huhu.

Sila undi saya. Pangkah jangan tak pangkah!!! (tak tahu dalam bahasa Arab Jordan macam mane)


Mula-mula tak tahu nak pergi mane sebab dapat cuti sehari je. Nak pergi jungle trekking, tak pernah pulak nampak hutan kat Jordan ni. Nak pergi balad, poket dah kering. Tiba-tiba............

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.
  


Aino ku berbunyi. (saje bikin suspen. hehe)

Zati                          : salam Shidah. Nak pergi ummu qays tak esok?
Tuan badan     : siapa lagi pergi?
Zati                          : ramai je. Jomla.
Tuan badan     : (berfikir sejenak sambil menggaru-garu kelapa kepala)
                             Ehm, bolehla.

OFF

Disebabkan rakan saya di atas sangat-sangat beria menjemput saya untuk join dia, so, saya tak nak la hampakan harapan nya yang tinggi membukit itu. Lagipun kalau saya tak pergi, mesti kurang seri program tu nanti kan. Haha. Angkat basket sendiri.

So, pagi-pagi tu bangon awal giler sebab sangat bersemangat. Lepas dah breakfast, terus gerak pergi rumah kak bibot. Pada saat muka dipukul angin segar pagi itu, rase menggigil satu badan. Sejuk giler. Nasib baik pakai sweater. Tu pon rase sejuk lagi. (nasib baik tak mandi pagi tu. Kalau tak, mesti menyesal teramat. Huhu)

Sementara tunggu semua orang berkumpul, keluar lah cadangan untuk beli halawiyat. And of course la pilihan utamanya nasi lemak kinafah. Kitaorang first customer pagi tu. Padahal jam dah pukul 8.30. Mesti lambat pak cik-pak cik ni bukak kedai diaorang. Dah la lambat bukak, kinafah pun tak jual lagi. Sangat kecewa saat itu. Huhu. So, try la beli yang jenis baru. Harisah and apa ntah satu lagi tu namenye. Tak ingat. Tapi sedap la jugak. Manis sangat. Melekit rase tekak ni.

Disebabkan semua nya lapar belaka, habis semua halawiyat tu. And Ateen yang last sekali makan. Insya Allah dapat suami soleh ye Ateen. Hehehe.

Nak pergi ummu qays tu ambil masa sejam. Sambil-sambil tu ta’aruf dalam coaster. Bukan roller coaster ye. Huhu. Ni namenye coaster. Macam bas bentuk dia tapi kecil sikit. Tour guide kitaorang hari tu kak bibot, kak ainul dan kak wan. Diaorang la yang bawak kanak-kanak riang first year jpa and mara ni pergi ummu qays.


Ni la coaster

Agak-agak dalam sejam, kitaorang pon sampai. Sampai-sampai terus pergi cari port nak makan. Bagus betul ikut rehlah ni. Asyik makan je kerja nye. Mane la tak naik badan. Huhu.
Ada nasi gorang, telur goreng  and the special one is strawberry cake. Sah!!! Itu la yang paling bahaya sekali. Even yang join that rehlah are doc-to-be, tapi semua nya tak boleh tahan bila kek lemak manis santan kelapa muda tu ada depan mata. Nipis iman. Terus lupa pasal balanced diet. Huhuhu. Jangan contohi mereka-mereka di atas ye.

Lepas perut dah kenyang, kaki dipaksa berjalan naik bukit. Kawasan ummu qays tu berbatu-batu. Ada batu hitam dan putih yang mana melambangkan dua pemerintahan iaitu rom dan parsi. Semua besar-besar. Memang tak larat la kalau nak angkat. Huhu.

Yang paling best time berdiri atas puncak bukit tu, boleh nampak Palestin dan Syria. Memang jakun giler time. Syok tak terkata. Dari jauh nanpak Tasik Tobari yang memisahkan Jordan dan Palestin. Ada jugak Bukit Golan yang terletak dalam kawasan Syria. But soo sad bila akak-akak ni cerita yang bukit tu dah kena rampas dengan Israel. Sekarang dah jadi markas tentera diaorang. Bila fikir balik, bila-bila masa je Israel tu boleh bom Jordan ni. Sebab negara ni berjiran je dengan Israel tu. Nauzubillah la jadi gitu. Kalau tak, tak menyempat la nak kawin genggam ijazah. Huhu.

Time pergi tu, baru sedar yang banyak sangat leka selama ni. Padahal time rakyat Palestin tengah sibuk perjuangkan tanah diaorang, kita tengah sibuk main fb. Kita tengah enjoy + happy + lepak sambil makan Twisties tengok tv, diaorang tengah main senapang untuk melawan musuh. Monolog dalaman, ‘apa yang telah aku buat untuk bantu diaorang. Rase macam tak pernah je’. Rase nak menitik air mata tima tu. Muhasabah diri sekejap ye kawan-kawan.....

Lepas dah tengok-tengok dan dengar pengisian jiwa + hati + limpa, kitaorang pun turun la semula. Bersiap-siap untuk pulang. Lagipun matahari dah terik time tu. Memang kulit dah jadi dark brown sikit la. Huhu. Harap jadi putih balik time winter ni. Cehh. 

Dalam coaster, semua dah syahid. Huhu. Letih punye pasal. Baru jalan sehari. Belum lagi seminggu. Memang tak boleh bawak berjalan la lain kali. Huhu.



Gaye macam angkat berat strawberry cake 10 kg. Huhu.



Kata takut gemok tapi makan jugak. Memang tak kuat iman langsung. Huhu



Musykil kenape Puteri and Nawal tunduk. Menundakkan pandangan dari laki Arab ke cik kak oiii..???


Akak tour guide kitaorang. Depan sekali, Kak Bibot, Kak Ainul and Kak Wan.




Colloseum. Antara 3 yang terkecil di dunia. (kalau tak silap la)


Siapa terror boleh tolong translate kan tak?


Asma' macam banduan zaman dolu-dolu. Hehe. Muka memang tak boleh bla.



Bukit Golan.


Tasik Tobari.



~Really nice pic. Thanks to Nawal. 
~Cepat cari mana sy. Hehe.
(kalau kat FB, dah lame tekan butang 'like')


p/s – thanks to akak-akak yang beri banyak info kat kitaorang. And to all my friends yang join rehlah tu, korang memang best!!! Ukhwah fillah.

5 comments:

  1. wah,, best nyer...kak,diet sket er..huhu..

    ReplyDelete
  2. fasih~haha..kalau rajin diet la...tp nampak gayenye macam x je...

    zati~i know la...tp coz topping dy strawberry,bg name baru la...hehe...

    ReplyDelete
  3. suami soleh~ hahaah

    ReplyDelete
  4. ateen~dat's rite...haha..bukan senang nak dapat tu...

    ReplyDelete