Friday, November 19, 2010

JJCI 2 - Laut Mati

Jordan - Laut Mati


Wah wah wah...semangatnye bangun awal pagi. Bukan senang nak bangun awal ni kecuali pagi-pagi ada kelas arab kat JUST. Huhu. Nak tahu kenape bangun awal? Sebab excited nak pergi Bahrul Mait @ Dead Sea @ Laut Mati. Dekat je dari Irbid. Tak la sampai 12 jam flight Malaysia-Jordan. 2 jam lebih je. Tapi sebab pakcik coaster ni rajin sangat berhenti, jadi la 3 jam lebih. Lame tuhhhh. Kejap beli air, kejap singgah toilet, kejap beli roti, kejap isap shisha rokok. Fuhh. Penat-penat.

Sampai-sampai je, terus cari port nak ambil gambar. Memang jakun sungguh. Macam tak pernah tengok laut. Padahal baru 3 bulan tinggalkan Malaysia yang banyak giler laut tu. Tapi yang spesel nye kat sini, name je laut tapi dia sebenarnye tasik yang sangat besar. Tak de hidupan ye dalam air tasik tu. Sebab kalau letak ikan, tak sampai seminit dah innalillah. Air dia 2 kali ganda masinnya. Boleh nampak kristal-kristal. Tapi kalau jual memang tak laku sebab tu garam kristal. Haha.   

Sedikit informasi pasal Laut Mati. Kalau nak banyak, pergi google sendiri ye : 
~berkait dengan sejarah kaum Nabi Luth (kaum Sadum)
~kawasan terendah di muka bumi
~3 negara yang membatasi Laut Mati ialah Jordan, Palestin dan Syria 

Memang best datang sini. nak-nak pulak time sunset. Cantik sangat. Masya Allah. Kat Jordan ni, Laut Mati je la adanye.  Tak de dah laut-laut lain. So, to abah, akak nak suggest kan balik Malaysia nanti, sila-sila lah bawak akak pergi pantai + laut + sungai + waterworld ye. Kempunan sangat rasenye nanti.

Lepas dah ambil gambar, makan roti + kek coklat + ayam barbecue + hotdog (yummy yummy), dengar pengisian sikit, main-main sekejap macam budak kecik, and then pukul 5 malam dah checkout.

papan tanda Dead Sea

ni lah perempuan. sampai-sampai je terus cari port untuk ambil gambar.
p/s-assabiyah budak MARA. ish ish ish (sambil geleng kepala)

ehh. ada playground. terkaku 2 jam 2 minit.

ada gaye macam kat Bali tak? hehe.

kalau mandi sah tenggelam terapung

with my roommate, Mariam

sunset


P/s - pukul 5 dah Maghrib. So bukan lagi 5 petang tapi malam. Cikgu-cikgu BM jangan marah ye. Peace!!!!

No comments:

Post a Comment