Pada suatu hari yang sepi....ketika sedang melayan mimpi sy balik Malaysia, tiba-tiba makhluk-makhluk yang tak diundang telah menyerbu rumah sy yang tingginya 4 tingkat SAHAJA. Dah la serbu time orang baru bangon tido. Tak beretika sungguh. Huhu. Biasa la weekend. Pukul 11.00 8.30 pagi baru bangun. Apa la punye anak dara. Huhu.
Okey. So lepas dah basuh muka, gosok gigi, and semuanye la except mandi, terus serbu sarapan yang diaorang bawak. Nasib baik bawak. Kalau datang lenggang kangkung je, alamatnya memang kebulur la. Rumah i ni tak de pape tuk korang makan. Amat sedih + simpati + terharu di situ. Sape-sape nak menderma, amat digalakkan.
Pagi - pagi lagi dah makan segala jenis manisan kat Jordan. Memang sedap. Sekali makan, nak sepuluh. Tapi amatlah tidak menyihatkan. Dengan lemaknye, gulanye. Huhhh. Satu hari je boleh naik 5 kg 0.05 kg.
Lepas perut agak-agak kenyang, terus ke dapur untuk menyelesaikan mission impossible. Cehh. Actually, kanak-kanak Sunkist seramai 9 orang ni termasuk lah sy nak bajet jadi chef hotel. Mane la taw kot-kot skill ni boleh pikat mak mentua. Haha. Dah start merepek dah.
Hidangan : Set nasi ayam
Kuih cek mek molek
Dessert pudding batik (whatever la namenye. janji sedap)
Buah-buahan
Jus peach
Jus peach
Haa. Apa macam? Terliur tak? Tu baru tulis tu. Tak hidang lagi. Haha. Dengan kepakaran 9 tangan, akhirnya tepat pukul 12.01 minit dah siap.tu baru siap masak. Kata chef hotel. So, kena buat hiasan-hiasan la pulak. Sekali tengok macam sayang nak makan. Tapi kalau tak membaham nya, membazir. ‘Jangan diikut amalan syaitan’, terngiyang-ngiyang suara ustazahku time kecik comel dulu. Haha.
So, nilah hasilnya!!! Kalau mak-mak di luar sana tengok ni, jangan segan-segan datang merisik. Semuanya single mingle lagi. Haha. Sangat sedap semuanya. Kepada rakan-rakan yang ada kat atas muka bumi Jordan ni pulak, kalau nak 50 JD buat sendiri ye. Hehe. Kami tak buat part time memasak kat sini.
dua-dua sangat sedap. kalau nak datang la sini. haha.
kuih cek mek molek. zati and the gang, jom buat lagi!!! lapar la...
set nasi ayam
puding buatan asma'. yummy yummy.
nasi ayam + cek mek molek + puding + buah
sangat menjilat kelima-lima jari
credit to zati, asma', ateen, nad, mariam, nadia wanie, yanie, sakinah
thaks to all of you. lain kali serbu la rumah ni lagi. haha
anytime dear.willing to cook with u guys.huhu
ReplyDeletehehe...thanks a lot....sepanjang duk sini x yah kawen la ea zati ...masak tuk kitaorg jer...hehe...
ReplyDelete