Baru-baru ni bace buku VERSUS tu, tiba-tiba je rase nak turun mata air dari mata ni. Alamak. TER feeling sekejap. Bace punya bace, terfikir macam mana nak jadi baik? Apa definisi baik sebenarnya? Sy ni dah cukup baik ke? Siapa lagi baik, sy ke awk? (p/s - soalan last tu tak de kaitan ye. saje bikin hot. huhu)
Bukan senang nak jadi baik kan. Seringkali manusia melabelkan yang bila seseorang tu dah pakai tudung, rambut tak tertonjol, pakai baju besar gedabak, kaki tutup dengan stoking and for boys, main basket tak pakai seluar atas lutut tu kira macam dah alim sangat je. Padahal dalaman kena kira jugak. Bukan luaran je. Don’t ever judge the encyclopaedia by it’s hard cover. Huhu.
Ehm, bagi yang dah bace of course la tahu cerita dia macam mane kan. Agak-agak kalau rase bosan nak bace komen penulis yang balik-balik cakap pasal buku tu aje, sila tutup blog ni dan sambung bace muka buku buku anda. Huhu.
Actually, rase macam best sangat kalau dapat jadi macam Minn Edina dan Ashraff Omar yang present. Not the past la. Yang boleh turn 360ยบ. Change from bad to good manner and from good to better. Even pahitnya sepahit buah zaitun. Huhu. Teringat dialog AO pada Minn ‘versus...the hardest battle is when you are against yourself’. Yeah. That’s rite. Tu la part yang paling payah tu. Tapi kalau kita ingat dalam surah Al–Baqarah ayat 216 ada cakap kan, yang something yang kite suka tak semestinya baik untuk kita and something yang kite tak suka tak semestinya buruk bagi kita. Ayat tu macam pujuk kita balik sebenarnya.
Just kadang-kadang kita tak dapat kekuatan tu. Apatah lagi kalau dikelilingi oleh masyarakat yang dah tak ambik kisah pasal semua ni. Memang kiamat dah nak dekat dahla. Huhu. Cuak pulak sekejap. But never say die before you try. It is better to have something than nothing, rite?
‘Sungguh...untuk berubah tu bukannya mudah. Nak cuba untuk meletakkan gerabak hidup di atas landasan Al-quran dan sunnah tu memang payah. Tapi Allah tengok usaha bukan natijah’, bak kata Minn dalam Versus. And i am really grateful because Allah sent me here. Sekurang-kurangnya challenge kat sini kurang sikit kalau nak compare dengan Malaysia. And i really hope yang satu hari nanti, segala benda yang buruk dalam diriku yang kerdil ini dapat dibuang. Even tak 100% pon, sekurang-kurangnya 99% (untuk siapa-siapa yang bace ni, sekarang jugak, cepat-cepat tadah tangan doakan untuk sy. huhu)
Semua tu memerlukan usaha. Tapi kan, kalau melibatkan dua pihak or lebih macam mane? Macam mana nak bagi manusia-manusia tu paham? Haa. Ade siapa-siapa yang nak tolong jawabkan? Jawab, jangan tak jawab. Kepala akal fikiran ni dah pening nak fikir, so hope ada yang tolong fikirkan. Boleh?
p/s - nak pergi makan dulu. Perut dah nyanyi lagu keroncong. Sabar ye perut. Sabar itu sebahagian daripada iman. Huhu.
saya nak versus tu..boleh tak???
ReplyDelete