aiiihh shum..!!!
FYI, winter dah masuk dah sekarang ni. Maka, serangan segala jenis penyakit akan datang. And rite now, I am having a FLU!!!! Oh My God. Memang terbantut la nak buat kerja (cehh...alasan untuk malas study...hehehe) Letih kalau selesema ni. Sambil ber blogging ni pon ade sekotak tisu dekat sebelah. Huhu. So, sebab dah tahu yang sekotak tisu memang tak cukup, maka awal-awal lagi dah beli 3 kotak. Time dah kene penyakit ni, baru la nak bersyukur nikmat sihat yang Allah bagi dulu. 'Melayu mudah lupa', bak kata Dr. M. Eh silap-silap. Bukan Melayu saje tapi semua umat manusia. Huhu.
Disebabkan mucus-mucus telah mengadakan Hari Perhimpunan Sedunia di hidungku ini maka telah menghalang niat hati untuk keluar berjalan-jalan. Lepas habis kelas je, terus balik rumah. Tak melencong ke mane-mane dah. Ade baik nye jugak. Purse pun dah makin nipis sekarang. Memang Allah bagi selesema ni supaya sedar hakikat diri yang duit makin lame makin berkurang. Jangan berfoya-foya dah. Huhu. Ingat senang ke hidup kat Jordan ni. Matawang besar weh. 1JD = RM4.30. Huhu. Kat Malaysia, empat ringgit setengah tu boleh dapat murtabak dua. Dekat Jordan, dapat kinafah je 1 JD tu. Huhu. Pape pon, tetap bersyukur. Kenyang jugak kinafah tu. Huhu.
Alamak. Dekat atas tadi cakap pasal selesema. Ni dah tukar topik masuk bab kinafah pulak. Huhu. Pantang betol tengah-tengah winter ni memang asyik teringat kat makanan je. Huhu.
Okey la. Harap-harap cepat-cepat la sembuh selesema ni. Thanks to my mum and dad, Puan Maimunah binti Ismail and Encik Muhamad bin Mohd Nor sebab awal-awal lagi dah taruk segala jenis ubat dalam beg untuk bawa pergi Jordan ni. And post kan vitamin C. Thanks a lot. Love you!!! Hehe.
p/s - Sangat eksited bile terjumpa buku Hlovate (Versus) di rumah akak senior tadi. Alhamdulillah dapat pinjam for a week. Hope dengan bace novel tu pon dapat sembuhkan flu ni. Agak-agak boleh ke? Hehe.
p/ss - 'Izzati Idris, sila jangan jeles k. Dah nasib i dapat Versus dulu. Kikikiki. ;DD
SAYA SEDANG JELES DENGAN ANDA SEKARANG.
ReplyDeleteSILA BELANJA SAYA KINAFAH UTK PUJUK SAYA.
=P
abah said:mne abah???x dek ke
ReplyDelete'izzati-sy pergi sakan nanti, sy belanja awk...n leh pinjam buku tu sekejap selama mane sy singgah di sakan...hehehe...
ReplyDeletemahirah-alamak...mesti abah merajuk...jap2...6t akak letak name abah..hehehe...;))