Wednesday, November 24, 2010

Sape Nak Jadi Mak Bidan?

Time dapat result SPM dulu, tak tahu nak pilih jurusan apa. As the aldest, of course la family mengharapkan untuk jadi doctor, engineer or segala jenis job yang agak-agak bila sebut, rase bangga giler. Kembang segala urat saraf. Apatah lagi kalau dalam slip SPM tu straight A je memanjang. Awal-awal lagi dah dapat warning ‘WAJIB jadi doc. Tak boleh yang lain!!!’ Huhu. Adakah perlu begitu? Hanya dengan bersandarkan A yang berlambak, muka agak-agak macam nerd dan ulat bulu ulat buku, pakai spec tebal 10 inci, so kena jadi doctor????

Time awal-awal dulu, memang tak tahu kenapa nak jadi doc. Sebab dapat straight A’s sampai tak tahu nak jadi apa. (Syukur alhamdulillah atas kurnian Nya. Tak niat nak riak ok. Sila paham) So last-last pilih la kos medic. Sedangkan time tu minat sangat dengan Math. Memang sedar pon hakikat yang bila belajar medic, tak kan jenguk sangat dah segala bagai trigonometry, differentiation and yang lain-lain tu.

Time dolu-dolu ikot je mak bapak cakap pe. Jadi doc pon jadi lah. Tapi sy sematkan dalam hati + limpa + paru yang even rase cam half-half je dengan medic tu, tapi tetap think positive yang mungkin tu la yang terbaik. So, ikut je la. (anak yang baik la kata kan. Hehe). Nak kata tak minat langsung, minat la jugak sikit-sikit. Nak kata minat sangat-sangat pon, tak la jugak.

KORANG NAK TAHU NAPE MACAM TAK BERAPA MINAT DENGAN MEDIC NI?

  1.  Tak minat sangat bace ayat panjang-panjang dalam buku BIO dan yang seangkatan dengannya. Minat tengok gambar je. Huhu.
  2. Belajar lame sangat. 6 tahun tuuuu. Time balik Malaysia nanti, orang lain semua dah ada anak 4. Kita sorang-sorang. Huhu.
  3. Lepas tu, orang selalu cakap bila housemanship nanti, selalu kena marah tengking dengan MO (medical officer). Ye ke macam tu ek? Harap-harap tak la dapat yang garang-garang macam mak tiri Cinderella.
  4. Tak boleh nak membeli belah tingkap window shopping time weekend.
  5. Orang cakap nanti susah nak handle rumah tangga kalau dah kawen. Ramai je yang cerai-berai-serai. Tu yang takut tu.
TAPI MACAM MINAT JUGAK. NAK TAHU KENAPA?

~Sebab nampak macam best je pakai white coat and stetoskop letak dekat leher. Haha.

~Glamour. Ye ke? Agaknye la kot.

~Dapat bedah badan orang. Nak buat kat badan sendiri takut. So, dapat chance buat kat badan orang pun macam best jugak kan. Hehe.

~Name dekat depan ada title Dr. Even dah pencen pun, orang panggil Dr jugak. Macam Dr. M. Kikiki.


Jawapan yang kat atas tu macam merepek sikit ye. Sila abaikan walaupun ada yang betul. Huhu.

Ehm, bila merenung ke lelangit langit dan fikir balik, ada baik nye jadi seorang doc. Memang la tak nampak dengan mata kasar apa kebaikannya. Tapi sebenarnya, terkandung banyak hikmah. So, baca dengan mata hati ye. Focus! Focus!! Focus!!! Jangan pandang kiri kanan belakang except depan je.

  1. Doktor merupakan gabungan pelbagai pekerjaan. Dia lah pakar motivasi sebab dia perlu naikkan semangat pesakit untuk terus melawan penyakit. Doktor pun seorang jurutera, bukan untuk mesin tapi manusia. Hebat tak???? (tiba-tiba ayat macam skema sikit.)
  2. Sambil-sambil rawat pesakit tu dapat muhasabah diri pasal kehidupan. Especially pasal manusia yang selalu lupa nikmat sihat. Bila dah sakit, baru nak ingat Tuhan. Cari doctor. Padahal yang sembuhkan sakit dia, Allah jugak kan.
  3. Dapat tambah pahala dengan dakwah sikit-sikit dekat patient tu. Ajak solat. Sebab biasanye macam susah nak tengok patient pergi solat. Kalau sakit yang kritikal tu faham la kan, ada rukhsah dia tapi yang boleh berjalan elok je, tak payah bertongkat pun tak nampak jugak sujud atas sejadah.
  4. Banyak nilai yang kita dapat belajar and praktikkan dalam kehidupan dalam usaha nak jadi manusia yang lebih baik. Contohnya latih kita jadi sabar, penyayang, prihatin dan macam-macam lagi la. Faham-faham sendiri la ye.

So, conclusionnye, ada pro and cons dia. Semua pekerjaan macam tu kan. Ada cabarannya. Kepada doc-to-be, teruskan cita-cita korang untuk jadi doktor yang famous bertauliah. Jangan pandang belakang. And kepada adik-adik yang masih di bawah umur + belum matured + masih di bangku sekolah, dengarlah nasihat senior anda ni (cehh. bajet dah besar sangat). Tak semestinya kalau dapat straight A’s, wajib ambil medik. Walaupun result SPM anda hebat sekalipun, itu tak menjanjikan anda akan success time degree nanti sebab maybe tak boleh cope dengan segala jenis note yang berlambak dan lecturer yang cakap arab. Jadi buatlah keputusan yang terbaik yang sesuai dengan diri korang. Lagipun, bukan course medik je yang ada kat atas muka bumi ni. Tapi kalau memang tegar and rase macam syok giler ambil medik, boleh je. Insya Allah, Allah akan permudahkan. Just give all the best in whatever you do. Caiyok!!! (pesanan untuk diri sendiri jugak. Huhu) 
 “ALLAH WILL DESIGN WHAT WE THROUGH.

WE DECIDE HOW WE GO THROUGH IT,
IN ANYTHING, EVERYTHING,
THE BEST PLAN BEGINS AND ENDS WITH ALLAH”

P/s – I think Hlovate is a doc. Sape setuju, sila angkat ibu jari kaki.
p/s - Klau tengok kat  WHY WE SHOULD MARRY A DOCTOR? ,memang sure pasni cari suami/isteri doc.. haha..

2 comments:

  1. saya pon rase cam tu.
    eh,dentist cne pulak.
    btw,rajin update blog mlm ni. =)

    ReplyDelete
  2. zati~tetibe buang tebiat...mood baik...tu yang update tu...haha

    ReplyDelete