Sunday, November 28, 2010

26.11.2010

4.40 p.m
Dah masuk maghrib. Bertolak balik dari rumah Ummu Abdul Aziz. Singgah kedai sekejap beli jus epal sebab nak bagi minum pada tetamu yang terpaksa kena tinggal berdua kat rumah 4 tingkat saya tu. Lagipun kat rumah tu tiada air yang best untuk diminum. huhu. Sampai-sampai kasut kat luar rumah ada 2 pasang je. Maksudnya tetamu tak balik lagi. Nak bukak pintu tak boleh. Ah sudah. Takkan kunci rosak kot. So, tekan la loceng. Harap-harap diaorang dengar. Kalau tak, memang kena buat medical check-up la lepas ni. 

Tunggu punya tunggu, tak bukak-bukak lagi. Start la monolong dalaman, 'haishh. mane diaorang ni???? nak masuk rumah!!! (sambil menghentakkan kaki macam budak satu bulan tahun)'. Tiba-tiba pintu terbuka and the rest is history.

Happy birthday to you

Happy birthday to you

Happy birthday to RASHIDAH

Happy birthday to you.....


Seriously rase happy sangat-sangat. Terkejut, tergamam, rasa nak pengsan, terharu, rasa nak nangis tapi air mata tak nak keluar pulak. Hehe. Langkah kaki nak masuk rumah terus dapat kejutan macam tu. Ramai pulak tu yang datang. Pandai betul diaorang plan. Kasut kat luar ada 2 pasang je tapi kat dalam rumah rupanya ada 12 orang!!!

Sebelum ni tak pernah celebrate macam ni dengan kawan-kawan because my besday was on 26th. Time sekolah dulu dah start school holiday dah. So, mana ada celebrate dengan kawan. Biasanya dengan family je. 1st time sambut dekat sekolah pun time form 5. Tapi time tu tengah SPM, mood besday tak jumpa. Mood BIOLOGY pulak yang jumpa. Huhu. So, even tahun ni 1st time tak dapat sambut dengan family tapi tetap rase best jugak sebab ada kawan-kawan yang best dekat sini. Sambut same-same. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Insya Allah kalau tak amnesia, sampai mati akan ingat kenangan ni.


Thanks to all my friends 
Specially dedicated to :-
mariam
asma'
nadia
amirah
nad
syifa'
isma
timme
sakinah
tasnim
sebab celebrate besday saya
i really appreciate it
LOVE you all very much!!!! muahhh... 


p/s-credit to'izzati for the pic

semuanya sedap-sedap belaka.
 bertuah dapat kawan-kawan macam ni.
 tak kebulur nya hidup. hehe.


present from asma', mira and nadia

thanks to all of you ;)


Semua makanan sedap-sedap. Kalau Chef Wan ada, memang dia bagi thumbs up. Silap hari bulan bagi title 'Chef Bertauliah'. Hehe. Kitaorang melantak nasi impit + masak lodeh, spagetti bolognaise, cheesecake, kinafah dan getuk ubi. Haa. Nampak yang kat atas meja tu. Memang terliur habis la. Western food ada. Masakan Melayu pun ada. Manisan Arab pun ada. Memang variety sungguh. Apatah lagi perut kitaorang boleh je baham semua makanan. Hehe. 

After all, rasa happy + bersyukur sebab dapat kawan-kawan yang best macam diaorang semua. Harap ukhwah kami kekal abadi. This is the most valuable value yang ada dekat Jordan ni. Thanks to all my friends. 

Friday, November 26, 2010

Saya.Nak.Jadi.Muda






Hari ni genap la umur saudari NUR RASHIDAH MUHAMAD 18 tahun. OMG!!! Dah 18 tahun dah rupenya anak dara Pn. Maimunah Ismail dan Encik Muhamad Mohd Nor ni hidup atas muka bumi ni. Rasenye macam tadi baru lahir. Huhu. Kejap je masa berlalu. Sedar-sedar dah besar gajah dah.

Entry kali ni nak specially dedicated to my mom, dad and my friends.

To MAMA :
Akak nak ucap terima kasih banyak-banyak kat mama sebab lahirkan akak dulu. Didik akak jadi anak yang baik (dan sekarang masih berusaha untuk jadi baik juga). Segala pengorbanan mama dari akak celik mata sampai sekarang tak akan akak lupakan. Sekarang akak dah 18 tahun. Maksudnya anak mama ni dah besar and mama tua tak muda dah sekarang. Hehe. Jangan marah.

To ABAH :
Akak pun nak ucapkan terima kasih kat abah sebab besarkan akak dari kecil sampai akak besar. Sediakan yang terbaik untuk akak. Terima kasih sangat-sangat. Segala nasihat abah dan mama kepada akak sepanjang akak ada di sini tak akan akak lupakan. 
Hanya Allah je yang dapat balas segala jasa mama and abah. Akak akan sentiasa cuba yang terbaik untuk gembirakan mama dan abah.  
p/s – Harap mama dan abah terharu membacanya. Kalau dah mengalir air mata, cepat-cepat kesat dengan tisu lengan baju ye. :DD

To  ADIK-ADIK KAT RUMAH YANG TERSAYANG :
Akak korang ni dah 18 tahun. So, kena sayang akak lebih la sekarang. Kalau tak, apa yang korang nak akak tak belikan especially WAFI. Haha.
p/s - Nanti poskan kek ke Jordan ye.

To All My Friends yang wish besday:
Thanks sangat-sangat kat korang semua. Sayang sangat-sangat. Hope ukhwah kekal abadi seiring dengan usia perkenalan kita.

Even tahun ni sambut di Jordan dan bukan di tanah tumpah darah tapi nak tak nak memang akan meningkat jugak umur walau di mana berada. Memang la sedih sebab tiada family di sisi tak dapat hadiah. Huhu. Apa-apa pun sekarang saya sudah 18!!! Cehh. Excited sekejap. But 18 means 2 years more to become 20. And actually, I don’t want to reach the age of 20. Sebab nampak macam dah berumur. Huhu. Dan bila dah bertambah umur pun maksudnya semakin pendek la usia kita kat atas muka bumi ni.

My Wish - Harap terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
                   Sentiasa di bawah rahmat-Nya.
                   Mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
                   Tak nak sedih-sedih dah. Nak happy je lepas ni.
                   Harap diri yang macam budak-budak ni dapat jadi lebih matured.
                   NAK BALIK MALAYSIA TAHUN DEPAN. kikiki.
  
 p/s – rase segan pulak bila tulis wasiat appreciation pada my mom and dad. Kalau nak cakap depan-depan macam segan, so tulis dalam blog tahan sikit kot. Itu pun boleh leleh air mata hujan taw. Kalau cakap depan-depan, terus banjir kot.
p/s - to abah and mama, tahun depan akak nak claim hadiah ek...hihihi...

Wednesday, November 24, 2010

Sape Nak Jadi Mak Bidan?

Time dapat result SPM dulu, tak tahu nak pilih jurusan apa. As the aldest, of course la family mengharapkan untuk jadi doctor, engineer or segala jenis job yang agak-agak bila sebut, rase bangga giler. Kembang segala urat saraf. Apatah lagi kalau dalam slip SPM tu straight A je memanjang. Awal-awal lagi dah dapat warning ‘WAJIB jadi doc. Tak boleh yang lain!!!’ Huhu. Adakah perlu begitu? Hanya dengan bersandarkan A yang berlambak, muka agak-agak macam nerd dan ulat bulu ulat buku, pakai spec tebal 10 inci, so kena jadi doctor????

Time awal-awal dulu, memang tak tahu kenapa nak jadi doc. Sebab dapat straight A’s sampai tak tahu nak jadi apa. (Syukur alhamdulillah atas kurnian Nya. Tak niat nak riak ok. Sila paham) So last-last pilih la kos medic. Sedangkan time tu minat sangat dengan Math. Memang sedar pon hakikat yang bila belajar medic, tak kan jenguk sangat dah segala bagai trigonometry, differentiation and yang lain-lain tu.

Time dolu-dolu ikot je mak bapak cakap pe. Jadi doc pon jadi lah. Tapi sy sematkan dalam hati + limpa + paru yang even rase cam half-half je dengan medic tu, tapi tetap think positive yang mungkin tu la yang terbaik. So, ikut je la. (anak yang baik la kata kan. Hehe). Nak kata tak minat langsung, minat la jugak sikit-sikit. Nak kata minat sangat-sangat pon, tak la jugak.

KORANG NAK TAHU NAPE MACAM TAK BERAPA MINAT DENGAN MEDIC NI?

  1.  Tak minat sangat bace ayat panjang-panjang dalam buku BIO dan yang seangkatan dengannya. Minat tengok gambar je. Huhu.
  2. Belajar lame sangat. 6 tahun tuuuu. Time balik Malaysia nanti, orang lain semua dah ada anak 4. Kita sorang-sorang. Huhu.
  3. Lepas tu, orang selalu cakap bila housemanship nanti, selalu kena marah tengking dengan MO (medical officer). Ye ke macam tu ek? Harap-harap tak la dapat yang garang-garang macam mak tiri Cinderella.
  4. Tak boleh nak membeli belah tingkap window shopping time weekend.
  5. Orang cakap nanti susah nak handle rumah tangga kalau dah kawen. Ramai je yang cerai-berai-serai. Tu yang takut tu.
TAPI MACAM MINAT JUGAK. NAK TAHU KENAPA?

~Sebab nampak macam best je pakai white coat and stetoskop letak dekat leher. Haha.

~Glamour. Ye ke? Agaknye la kot.

~Dapat bedah badan orang. Nak buat kat badan sendiri takut. So, dapat chance buat kat badan orang pun macam best jugak kan. Hehe.

~Name dekat depan ada title Dr. Even dah pencen pun, orang panggil Dr jugak. Macam Dr. M. Kikiki.


Jawapan yang kat atas tu macam merepek sikit ye. Sila abaikan walaupun ada yang betul. Huhu.

Ehm, bila merenung ke lelangit langit dan fikir balik, ada baik nye jadi seorang doc. Memang la tak nampak dengan mata kasar apa kebaikannya. Tapi sebenarnya, terkandung banyak hikmah. So, baca dengan mata hati ye. Focus! Focus!! Focus!!! Jangan pandang kiri kanan belakang except depan je.

  1. Doktor merupakan gabungan pelbagai pekerjaan. Dia lah pakar motivasi sebab dia perlu naikkan semangat pesakit untuk terus melawan penyakit. Doktor pun seorang jurutera, bukan untuk mesin tapi manusia. Hebat tak???? (tiba-tiba ayat macam skema sikit.)
  2. Sambil-sambil rawat pesakit tu dapat muhasabah diri pasal kehidupan. Especially pasal manusia yang selalu lupa nikmat sihat. Bila dah sakit, baru nak ingat Tuhan. Cari doctor. Padahal yang sembuhkan sakit dia, Allah jugak kan.
  3. Dapat tambah pahala dengan dakwah sikit-sikit dekat patient tu. Ajak solat. Sebab biasanye macam susah nak tengok patient pergi solat. Kalau sakit yang kritikal tu faham la kan, ada rukhsah dia tapi yang boleh berjalan elok je, tak payah bertongkat pun tak nampak jugak sujud atas sejadah.
  4. Banyak nilai yang kita dapat belajar and praktikkan dalam kehidupan dalam usaha nak jadi manusia yang lebih baik. Contohnya latih kita jadi sabar, penyayang, prihatin dan macam-macam lagi la. Faham-faham sendiri la ye.

So, conclusionnye, ada pro and cons dia. Semua pekerjaan macam tu kan. Ada cabarannya. Kepada doc-to-be, teruskan cita-cita korang untuk jadi doktor yang famous bertauliah. Jangan pandang belakang. And kepada adik-adik yang masih di bawah umur + belum matured + masih di bangku sekolah, dengarlah nasihat senior anda ni (cehh. bajet dah besar sangat). Tak semestinya kalau dapat straight A’s, wajib ambil medik. Walaupun result SPM anda hebat sekalipun, itu tak menjanjikan anda akan success time degree nanti sebab maybe tak boleh cope dengan segala jenis note yang berlambak dan lecturer yang cakap arab. Jadi buatlah keputusan yang terbaik yang sesuai dengan diri korang. Lagipun, bukan course medik je yang ada kat atas muka bumi ni. Tapi kalau memang tegar and rase macam syok giler ambil medik, boleh je. Insya Allah, Allah akan permudahkan. Just give all the best in whatever you do. Caiyok!!! (pesanan untuk diri sendiri jugak. Huhu) 
 “ALLAH WILL DESIGN WHAT WE THROUGH.

WE DECIDE HOW WE GO THROUGH IT,
IN ANYTHING, EVERYTHING,
THE BEST PLAN BEGINS AND ENDS WITH ALLAH”

P/s – I think Hlovate is a doc. Sape setuju, sila angkat ibu jari kaki.
p/s - Klau tengok kat  WHY WE SHOULD MARRY A DOCTOR? ,memang sure pasni cari suami/isteri doc.. haha..

Friday, November 19, 2010

JJCI 2 - Laut Mati

Jordan - Laut Mati


Wah wah wah...semangatnye bangun awal pagi. Bukan senang nak bangun awal ni kecuali pagi-pagi ada kelas arab kat JUST. Huhu. Nak tahu kenape bangun awal? Sebab excited nak pergi Bahrul Mait @ Dead Sea @ Laut Mati. Dekat je dari Irbid. Tak la sampai 12 jam flight Malaysia-Jordan. 2 jam lebih je. Tapi sebab pakcik coaster ni rajin sangat berhenti, jadi la 3 jam lebih. Lame tuhhhh. Kejap beli air, kejap singgah toilet, kejap beli roti, kejap isap shisha rokok. Fuhh. Penat-penat.

Sampai-sampai je, terus cari port nak ambil gambar. Memang jakun sungguh. Macam tak pernah tengok laut. Padahal baru 3 bulan tinggalkan Malaysia yang banyak giler laut tu. Tapi yang spesel nye kat sini, name je laut tapi dia sebenarnye tasik yang sangat besar. Tak de hidupan ye dalam air tasik tu. Sebab kalau letak ikan, tak sampai seminit dah innalillah. Air dia 2 kali ganda masinnya. Boleh nampak kristal-kristal. Tapi kalau jual memang tak laku sebab tu garam kristal. Haha.   

Sedikit informasi pasal Laut Mati. Kalau nak banyak, pergi google sendiri ye : 
~berkait dengan sejarah kaum Nabi Luth (kaum Sadum)
~kawasan terendah di muka bumi
~3 negara yang membatasi Laut Mati ialah Jordan, Palestin dan Syria 

Memang best datang sini. nak-nak pulak time sunset. Cantik sangat. Masya Allah. Kat Jordan ni, Laut Mati je la adanye.  Tak de dah laut-laut lain. So, to abah, akak nak suggest kan balik Malaysia nanti, sila-sila lah bawak akak pergi pantai + laut + sungai + waterworld ye. Kempunan sangat rasenye nanti.

Lepas dah ambil gambar, makan roti + kek coklat + ayam barbecue + hotdog (yummy yummy), dengar pengisian sikit, main-main sekejap macam budak kecik, and then pukul 5 malam dah checkout.

papan tanda Dead Sea

ni lah perempuan. sampai-sampai je terus cari port untuk ambil gambar.
p/s-assabiyah budak MARA. ish ish ish (sambil geleng kepala)

ehh. ada playground. terkaku 2 jam 2 minit.

ada gaye macam kat Bali tak? hehe.

kalau mandi sah tenggelam terapung

with my roommate, Mariam

sunset


P/s - pukul 5 dah Maghrib. So bukan lagi 5 petang tapi malam. Cikgu-cikgu BM jangan marah ye. Peace!!!!

Thursday, November 18, 2010

Chef Muda 2

Pada suatu hari yang sepi....ketika sedang melayan mimpi sy balik Malaysia, tiba-tiba makhluk-makhluk yang tak diundang telah menyerbu rumah sy yang tingginya 4 tingkat SAHAJA. Dah la serbu time orang baru bangon tido. Tak beretika sungguh. Huhu. Biasa la weekend. Pukul 11.00 8.30 pagi baru bangun. Apa la punye anak dara. Huhu.

Okey. So lepas dah basuh muka, gosok gigi, and semuanye la except mandi, terus serbu sarapan yang diaorang bawak. Nasib baik bawak. Kalau datang lenggang kangkung je, alamatnya memang kebulur la. Rumah i ni tak de pape tuk korang makan. Amat sedih + simpati + terharu di situ. Sape-sape nak menderma, amat digalakkan.

Pagi - pagi lagi dah makan segala jenis manisan kat Jordan. Memang sedap. Sekali makan, nak sepuluh. Tapi amatlah tidak menyihatkan. Dengan lemaknye, gulanye. Huhhh. Satu hari je boleh naik 5 kg 0.05 kg.
Lepas perut agak-agak kenyang, terus ke dapur untuk menyelesaikan mission impossible. Cehh. Actually, kanak-kanak Sunkist seramai 9 orang ni termasuk lah sy nak bajet jadi chef hotel. Mane la taw kot-kot skill ni boleh pikat mak mentua. Haha. Dah start merepek dah.

Hidangan :  Set nasi ayam
                Kuih cek mek molek
                Dessert pudding batik (whatever la namenye. janji sedap)
                Buah-buahan
                Jus peach

Haa. Apa macam? Terliur tak? Tu baru tulis tu. Tak hidang lagi. Haha. Dengan kepakaran 9 tangan, akhirnya tepat pukul 12.01 minit dah siap.tu baru siap masak. Kata chef hotel. So, kena buat hiasan-hiasan la pulak. Sekali tengok macam sayang nak makan. Tapi kalau tak membaham nya, membazir. ‘Jangan diikut amalan syaitan’, terngiyang-ngiyang suara ustazahku time kecik comel dulu. Haha.

So, nilah hasilnya!!! Kalau mak-mak di luar sana tengok ni, jangan segan-segan datang merisik. Semuanya single mingle lagi. Haha. Sangat sedap semuanya. Kepada rakan-rakan yang ada kat atas muka bumi Jordan ni pulak, kalau nak 50 JD buat sendiri ye. Hehe. Kami tak buat part time memasak kat sini. 


dua-dua sangat sedap. kalau nak datang la sini. haha.


kuih cek mek molek. zati and the gang, jom buat lagi!!! lapar la...


set nasi ayam

puding buatan asma'. yummy yummy.


nasi ayam + cek mek molek + puding + buah
sangat menjilat kelima-lima jari
credit to zati, asma', ateen, nad, mariam, nadia wanie, yanie, sakinah
thaks to all of you. lain kali serbu la rumah ni lagi. haha


Thursday, November 11, 2010

Jalan-Jalan Cari Ilmu 1 - Ummu Qays

Jordan - Ummu Qays


Rasenye dah lame dah tak update. Hari ni baru ada rase sedikit kerajinan. Sikit je pun. Tak banyak. Kali ni nak story pasal tempat yang korang semua mesti tak tahu punye. Except budak jordan la.

Haa. Nak tahu ape dia??? Teruskan membaca sehingga habis ye. Agak-agak kalau tengah dahaga ke lapar ke, lebih baik makan and minum dulu. Sebab bila dah start bace, confirm tak boleh berhenti punye. (bajet macam  entry ni best je. huhu)

Hari Selasa baru ni, ada pilihanraya di Irbid ni. Sepatutnya saya nak calonkan diri tapi tak sempat. Rakyat-rakyat Irbid jangan sedih ye. Tahun depan sila undi saya. Insya Allah kebajikan anda terjaga. Hua hua hua. (minta maaf sebab merepek terlalu sikit banyak)

So, disebabkan memang sure yang kawasan saya ni akan dibanjiri penyokong-penyokong yang sangat bersemangat waja dan tinggi menyokong calon mereka, so saya pun decide untuk menyokong sekali keluar dari kawasan ni. Pergi merantau sekejap walaupun sehari je. Huhu.

Sila undi saya. Pangkah jangan tak pangkah!!! (tak tahu dalam bahasa Arab Jordan macam mane)


Mula-mula tak tahu nak pergi mane sebab dapat cuti sehari je. Nak pergi jungle trekking, tak pernah pulak nampak hutan kat Jordan ni. Nak pergi balad, poket dah kering. Tiba-tiba............

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.
  


Aino ku berbunyi. (saje bikin suspen. hehe)

Zati                          : salam Shidah. Nak pergi ummu qays tak esok?
Tuan badan     : siapa lagi pergi?
Zati                          : ramai je. Jomla.
Tuan badan     : (berfikir sejenak sambil menggaru-garu kelapa kepala)
                             Ehm, bolehla.

OFF

Disebabkan rakan saya di atas sangat-sangat beria menjemput saya untuk join dia, so, saya tak nak la hampakan harapan nya yang tinggi membukit itu. Lagipun kalau saya tak pergi, mesti kurang seri program tu nanti kan. Haha. Angkat basket sendiri.

So, pagi-pagi tu bangon awal giler sebab sangat bersemangat. Lepas dah breakfast, terus gerak pergi rumah kak bibot. Pada saat muka dipukul angin segar pagi itu, rase menggigil satu badan. Sejuk giler. Nasib baik pakai sweater. Tu pon rase sejuk lagi. (nasib baik tak mandi pagi tu. Kalau tak, mesti menyesal teramat. Huhu)

Sementara tunggu semua orang berkumpul, keluar lah cadangan untuk beli halawiyat. And of course la pilihan utamanya nasi lemak kinafah. Kitaorang first customer pagi tu. Padahal jam dah pukul 8.30. Mesti lambat pak cik-pak cik ni bukak kedai diaorang. Dah la lambat bukak, kinafah pun tak jual lagi. Sangat kecewa saat itu. Huhu. So, try la beli yang jenis baru. Harisah and apa ntah satu lagi tu namenye. Tak ingat. Tapi sedap la jugak. Manis sangat. Melekit rase tekak ni.

Disebabkan semua nya lapar belaka, habis semua halawiyat tu. And Ateen yang last sekali makan. Insya Allah dapat suami soleh ye Ateen. Hehehe.

Nak pergi ummu qays tu ambil masa sejam. Sambil-sambil tu ta’aruf dalam coaster. Bukan roller coaster ye. Huhu. Ni namenye coaster. Macam bas bentuk dia tapi kecil sikit. Tour guide kitaorang hari tu kak bibot, kak ainul dan kak wan. Diaorang la yang bawak kanak-kanak riang first year jpa and mara ni pergi ummu qays.


Ni la coaster

Agak-agak dalam sejam, kitaorang pon sampai. Sampai-sampai terus pergi cari port nak makan. Bagus betul ikut rehlah ni. Asyik makan je kerja nye. Mane la tak naik badan. Huhu.
Ada nasi gorang, telur goreng  and the special one is strawberry cake. Sah!!! Itu la yang paling bahaya sekali. Even yang join that rehlah are doc-to-be, tapi semua nya tak boleh tahan bila kek lemak manis santan kelapa muda tu ada depan mata. Nipis iman. Terus lupa pasal balanced diet. Huhuhu. Jangan contohi mereka-mereka di atas ye.

Lepas perut dah kenyang, kaki dipaksa berjalan naik bukit. Kawasan ummu qays tu berbatu-batu. Ada batu hitam dan putih yang mana melambangkan dua pemerintahan iaitu rom dan parsi. Semua besar-besar. Memang tak larat la kalau nak angkat. Huhu.

Yang paling best time berdiri atas puncak bukit tu, boleh nampak Palestin dan Syria. Memang jakun giler time. Syok tak terkata. Dari jauh nanpak Tasik Tobari yang memisahkan Jordan dan Palestin. Ada jugak Bukit Golan yang terletak dalam kawasan Syria. But soo sad bila akak-akak ni cerita yang bukit tu dah kena rampas dengan Israel. Sekarang dah jadi markas tentera diaorang. Bila fikir balik, bila-bila masa je Israel tu boleh bom Jordan ni. Sebab negara ni berjiran je dengan Israel tu. Nauzubillah la jadi gitu. Kalau tak, tak menyempat la nak kawin genggam ijazah. Huhu.

Time pergi tu, baru sedar yang banyak sangat leka selama ni. Padahal time rakyat Palestin tengah sibuk perjuangkan tanah diaorang, kita tengah sibuk main fb. Kita tengah enjoy + happy + lepak sambil makan Twisties tengok tv, diaorang tengah main senapang untuk melawan musuh. Monolog dalaman, ‘apa yang telah aku buat untuk bantu diaorang. Rase macam tak pernah je’. Rase nak menitik air mata tima tu. Muhasabah diri sekejap ye kawan-kawan.....

Lepas dah tengok-tengok dan dengar pengisian jiwa + hati + limpa, kitaorang pun turun la semula. Bersiap-siap untuk pulang. Lagipun matahari dah terik time tu. Memang kulit dah jadi dark brown sikit la. Huhu. Harap jadi putih balik time winter ni. Cehh. 

Dalam coaster, semua dah syahid. Huhu. Letih punye pasal. Baru jalan sehari. Belum lagi seminggu. Memang tak boleh bawak berjalan la lain kali. Huhu.



Gaye macam angkat berat strawberry cake 10 kg. Huhu.



Kata takut gemok tapi makan jugak. Memang tak kuat iman langsung. Huhu



Musykil kenape Puteri and Nawal tunduk. Menundakkan pandangan dari laki Arab ke cik kak oiii..???


Akak tour guide kitaorang. Depan sekali, Kak Bibot, Kak Ainul and Kak Wan.




Colloseum. Antara 3 yang terkecil di dunia. (kalau tak silap la)


Siapa terror boleh tolong translate kan tak?


Asma' macam banduan zaman dolu-dolu. Hehe. Muka memang tak boleh bla.



Bukit Golan.


Tasik Tobari.



~Really nice pic. Thanks to Nawal. 
~Cepat cari mana sy. Hehe.
(kalau kat FB, dah lame tekan butang 'like')


p/s – thanks to akak-akak yang beri banyak info kat kitaorang. And to all my friends yang join rehlah tu, korang memang best!!! Ukhwah fillah.