6. Kubu / Citadel Salahuddin al - Ayubi
Next, kitaorang pergi Kubu Salahuddin Al - Ayubi di Kaherah. Kubu ni besar giler kot. Kubu ni dibina untuk melindungi kota Kaherah tu daripada musuh. Kalau tengok depan-depan, kubu ni memang besar dan terletak di atas bukit. So, dia boleh memerhatikan seluruh kawasan Kaherah tu dan tengok kot-kot ada musuh yang datang.
Semua orang tahu kan sejarah Salahuddin ni - famous fasal Perang Salib dan menakluk Jurusalem kan. Ni saya cerita secara ringkas je la ye. Perang Salib ni ada 9 siri. setakat yang saya tahu, 1st perang, tentera Kristian menang. 2nd perang yang lebih dikenali dengan nama perang Hittin, tentera Islam telah menang. pada masa ni, di kaki bukit Hittin,Birnis (seorang tentera Salib, tak taw dia ni penglima ke apa) hina agama Islam. So, Salahuddin dengan heronya telah pancung Birnis ni masa tengah berperang masa tu. Memang hebat Salahuddin ni.
Ok, habis tentang perang Salib. Sekarang kita masuk pasal kubu dia pulak. Kalau nak tahu, Salahuddin ni jenis low-profile tak macam pemerintah-pemerintah zaman sekarang yang ada istana besar gedabak megah berdiri penuh dengan kilauan emas berjuta bilion ringgit macam Istana Negara *sila baca dengan sekali nafas*. Salahuddin ni just ada kubu je. Tapi kubu dia ada banyak bukan satu je. Antaranya yang ada di Kaherah ni, Semenanjung Sinai, dan di Tengah Sinai. Kubu-kubu ni la yang jadi pusat pemerintahan dia.
Beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria pada usia 55 tahun.
Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh.
Citadel ni la yang kitaorang pergi tu kalau nak tahu ^_^
Harga tiket 50 L.E. Jauh lebih murah dari masuk piramid tempat Firaun tu. Huhh
Peta keseluruhan kubu.
Pelancong asing pon berlambak mai sini hang taw dak
6.1 Masjid Muhammad Ali
Masjid ni dibina oleh Ali Pasha. Bukan dibina oleh dia tapi pekerja-pekerja binaan ye.
Dibina tahun 1830 dan mengambil masa 18 tahun untuk disiapkan. Pehh. Kalau kat Malaysia, umur ni boleh masuk Universiti dah ni. Muhammad Ali Pasha ni keturunan Dinasti Kerajaan Raja Mesir yang terakhir. Beliau dianggap Bapa Mesir Moden.
Ni masjid yang ada dalam kubu tu. Masjid Ali Pasha. Masjid ni dibina pada zaman pemerintahan Ali Pasha.
Interior design of the kubah.
Masjid ni tak digunakan untuk solat. Just jadi tempat melawat untuk pelancong. Time kitaorang datang, ramai pelancong asing. Ntah dari negara mana ntah.
Ada satu kubah ni, ada 4 penjuru. Setiap penjuru ada 4 nama Khalifah. Ukiran nama Saidina Abu Bakar.
Ukiran nama Saidina Uthman.
Ukiran nama Saidina Ali.
Ukiran nama Saidina Umar.
Ukiran yang halus. Berseni.
Dalam ni ada banyak senapang, jet pejuang, semua-semua la yang diguna pakai time perang. Sejarah peperangan Mesir pon ada jugak. Tak menarik sangat untuk diceritakan. So, kita pendekkan je la ye.
Ni Muzium Ketenteraan.
Zaman-zaman yang memerintah Mesir.
Tugu kepala (?) Firaun Ramsis.
Tugu kepala Sultan Salahuddin.
Kalau masuk time malam-malam seram gak nih. Titibe ada suara tegur dari belakang, memang cabut lari terus. Huhu
7. Al - Azhar
Kitaorang tak masuk uni ni. Just ambil gambar dekat pintu masuk dia je. Jadi la kannnnnn.
Satu-satu nya gambar yang semua orang ada sekali. Skema sungguh gambar ni macam baru lepas graduate dari Uni Azhar je gayanye. Kihkih.
Al -Azhar ni pon ada cerita dia jugak tapi penat nak tulis dah sebab banyak dah tulis. Lenguh jari i tulis untuk uolls taw.
Ehm, so sy tuilis (tulis pon jadi tuilis, malas nk backspace, lantaklah) yang special je la tentang uni ni ye. Kalau nak tahu, Kristian tak dapat nak mengkristiankan orang Mesir ni ( takde lah mengkristiankan semua tapi kalau kita lihat Turki yang mana dah mostly dah berubah tapi tidak bagi Mesir) sebab
1. Al-Quran masih ada di dada kebanyakan orang Mesir. Diorang ni banyak hafiz-hafiz Quran. Jangan inagt penjual tepi jalan tu even takde lulusan uni tapi Quran hafiz 30 juzuk dah ooiii. Kalah student-student uni.
2. Solat Jumaat dilaksanakan setiap minggu.
3. Dekat dengan Mekah, so senang nak pergi buat haji, umrah or even just melawat jalan-jalan cari makan dengan harga yang sungguh murah sebab dekat kan. Kalau kat Malaysia, ada RM 10 000 baru boleh. Huhh. Maksudnya bila dekat dengan Mekah ni, zouq (bukan kelab zouq tu ye) dia ni lebih sikit la. kot.
4. Adanya Al-Azhar. Selama mana al-Azhar ni masih ada, ia adalah benteng yang sangat kukuh bagi negara Mesir. Tengok, hebat giler kan Al-Azhar. Adakah setaraf dengan uni JUST yang mana bila ia tiada, maka Jordan juga juga akan lupus(?) ? no komen.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment