Dekat dengan Al-Azhar tu ada Tugu Peringatan untuk para syuhada / pemimpin. Tiada yang menarik. Cumanya, bertentangan dengan tugu tu ada tempat duduk macam kat stadium tu. Apa ke ntah namanya. Yang masa perbarisan kat Dataran Merdeka biasa pemimpin negara duduk kat situ. Haa, itu la dia.
Cerita di sebalik tempat duduk tersebut ialah, Anuar Sadat, ex-PM Mesir pernah kena tembak kat situ. Mati rasanya. Wallahu'alam. Siap ada peringatan kat tugu ni lagi.
Tugu Anwar Sadat.
Siap ada penjaga lagi. Maybe tidak mahu banana fruits two times (baca : pisang berbuah dua kali).
Ni la tempat Anuar Sadat mati ditembak.
Next, malam tu kitaorang dibawa menaiki boat di Sungai Nil. Sambil tu, ustaz pengiring tu cerita pasal kisah Nabi Musa yang dihanyut Sungai Nil dan dikutip oleh Asiah, isteri Firaun. Memang feeling sungguh time ni. Nal-nak pulak memang berada di Sungai Nil. Ala-ala jadi macam Nabi Musa pulak yang dihanyut dalam peti dibawa arus Sungai Nil. Pehh. Ayat dramatik habis.
Time ni best sangat-sangat sebab dapat satu cerita baru yang tak pernah didengar dari zaman tok nenek moyang dulu. Umur tumbuh jerawat macam ni baru tahu kisah ni. Sedih sungguh.
So, anda-anda yang baca blog saya ni sangatlah bertuah kerana dapat mengetahui kisah ni jugak. Kalau tak tahu, memang sangat menyedihkan. Kisah Cindarellah yang dongeng tu tahu, ni kisah Sungai Nil yang real tak yahu pulak. Adehh.
Ok, once upon a time, sungai Nil ni setiap tahun, dia akan kering. Pasal apa, tu tak payah tahu la. Sebab sy sendiri tak tahu. Wkwkwkw. So, masyarakat Mesir time tu pikir satu idea yang agak menarik tapi mengerikan untuk buat sungai ni tak kering, iaitu 'bagi makan' sungai ni anak dara yang paling cantik sekali. So, mereka-mereka di luar sana yang cantik dan perasan cantik sila berhati-hati ye kerana anda bakal menjadi mangsa seterusnya *ehem*.
So, setakat ni dah ada 6000 orang yang sudah terkorban dan dikorbankan. Idea ni opkos la idea yang karut malah mengarut sebab sungai tu tetap kering. So, masa Islam mula memerintah Mesir, Amru al - Asr hantar surat pada saidina Umar untuk tanya pendapat dia tentang solution masalah tu. Then, Saidina Umar reply surat tu begini
jika kamu mengalir dengan kudrat kamu,
berhentilah mengalir.
tetapi jika Allah Yang Maha Perkasa yang alirkanmu,
kami memohon dan berdoa supaya kamu mengalir seperti biasa"
Lepas tu, Amru ni pon beri surat tu kepada sungai. Eh, macam mana nak beri? Dengan campakkan la surat tu ke dalam sungai. Huhu. Lepas subuh lepas surat tu dibaling, sungai tu melimpah ruah dan selepas dari tu, air Sungai Nil tak pernah-pernah kering dah. (banyak pulak perkataan 'lepas' ni. Tak bertatabahasa sungguh. Huhh)
So, kesimpulannya ialah ---------> Jika sungai boleh taat perintah Allah, kenapa manusia tak boleh? Sedangkan dengan patuh kepada Allah, boleh dapat syurga. Sungai boleh dapat apa?Haaa. So, pikir-pikir kan la. Tapi opkos orang akan reply balik, balasan syurga tak nampak, sebab tu manusia macam tu. Tak pon, alaaa iman kan kejap naik kejap turun. Huhh. Tipikal answer.
Aduhh. Melalut ke laut dah pulak. Next, citer pasal sungai lagi. Sungai Nil ni, adalah salah satu mukjizat Nabi Musa tahu? Nabi Musa ada 9 mukjizai. Meh kita senaraikan bersama-sama ye anak-anak. Sirah nabi niiiii.
1. Tongkat jadi ular
2. Tangannya bila direndam di dalam air akan mengeluarkan cahaya yang tidak menyakitkan mata apabila dipandang.
3. Belalang
4. Katak
5. Banjir
6. Kemarau
7. Kutu
8. AIR SUNGAI NIL MENJADI DARAH---> Masa rakyat Mesir nak gunakan air dari Sungai Nil, air tu berubah jadi darah. Means, asalnya air di dalam sungai, warna nya kebiruan dan memang ia adalah air. Tapi bila dicedok untuk digunakan, berubah jadi warna merah dan memang ia adalah darah. Bukan warna je yang bertukar, tekstur, rasa, chemical, ion-ion semua-semua tu turut berubah!
9. Doa nabi Musa diperkenankan supaya Firaun dihancurkan harta, ditutupkan hatinya dan jangan biarkan Firaun beriman sehinggan dia lihat azab yang pedih. Tempoh masa antara doa tu dengan perkenan-an doa tu ialah selama 40 tahun. (boleh rujuk Surah Yunus)
*kalau google mukjizat nabi Musa memang ternyata ada 9. So, memang betullah apa yang ustaz pengiring ni ceritakan pada kitaorang masa dalam atas boat tu :)
Boat yang kitaorang naik tu
Kitaorang naik waktu malam, so best sangat dapat lihat sungai ni waktu malam. Disebabkan kitaorang tak keluar jalan-jalan waktu malam time kat Mesir, so masa ni teruja la.
Semua jadi warna merah. Bahana sungai darah. Wkwkwkwk.
Tak taw menara apa tu.
Nampak jambatan tu?Penuh dangan kenderaan.
NIL E CITY
Setakat ni sahaja perjalanan kitaorang kat Kaherah. Waaaaiiiitttt. Masih ada lagi yang lain. Gunung Sinai, Alexandria, dan esektera esektera. So, tungguuuuuuuu.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment