Pagi tadi pergi meronggeng Maktabah Orange untuk beli buku-buku 2nd semester. Sangat banyak dan sangat ‘ringan’ kot buku-buku tu. Nasib baik bawak backpack. Kalau tak, memang tak terdaya la nak angkut semua buku-buku tu guna tangan ni. Balik pulak, jalan kaki je. Nak jimat duit la katakan (Sebab nak balik MALAYSIA dua kali. Kikiki). Sambil-sambil jalan, ter mengimbau kenangan dolu-dolu la pulak. Bawak beg berat yang penuh dengan buku teks time darjah satu. Rasa nak patah tulang clavicle dan scapula. *kalau lepas ni pergi check ada patah riuk, agak-agak boleh mintak insurans dari Kementerian Pelajaran tak?* Kanak-kanak zaman sekarang takde dah nak merasa ‘kenikmatan’ bawak beg berat-berat. Semua pakai CD-ROM je sekarang. Serius jeles. Huhu.
Actually, bukan pasal tulang yang sy nak cerita hari ni. Sebenarnye, time tengah jalan nak balik ke rumah, tiba-tiba hujan turun lebat giler. Awal-awal tu hujan batu je. So, disebabkan hujan lebat sangat + air bertakung kat jalan, so nak tak nak kena naik teksi jugak la nampaknya. (Hasrat untuk simpan duit selalu terbantut. Haissh)
Nasib baik ada bank. Boleh la duk berteduh sekejap. Hujan pon dah tak lebat. So, nak lintas jalan la untuk balik. Tapi bila tgk air coklat kat jalan banyak sangat, tak jadi nak balik jalan kaki. Tunggu je la kat bank tu. Tiba-tiba…..jeng jeng jeng…hujan turun sekali lagi. And you know what???? It’s S.N.O.W!!!! Hahaha. Nak sedapkan hati, panggil la snow. Tapi sebenarnye, hujan + ais. Memang truja giler kot. Rasa nak melompat je. Dah la berlaku depan mata. Nampak ketul-ketul warna putih turun dari langit. Siapa tak teruja. Huhu. Kalau adik saya, dah lama pergi main tengah hujan ais tu. Kalau ikut hati nak jugak. Tapi disebabkan saya ni student universiti *cehh wahhh* so, tak pergi la main tengah hujan dan kutip ais yang berwarna putih sebijik rasa macam snow tu dan balik rumah buat ais kacang.
sedaplah pulak ais kacang ni.rugi tak pi kutip ais tadi. huahuahua.
Balik-balik rumah punyer la eksited sampai terus dapat aura nak update blog. Haha. Blog ni dah diketepikan tuan dia hampir-hampir sebulan dah. Sadis sungguh. Takpe takpe. Lepas ni sure akan update banyak-banyak sementara spirit ni masih ada. Nantikan ye.
P/s - Harap sangat snow turun kat Irbid. Boleh jugak bajet-bajet dengan budak UK. Haha. *Idea jahat. Not me. Syaitan punyer idea. Haha*
weh, mafraq dah frost. pegilah rawat ke'batak'an ko pd salji tu. haha.
ReplyDeletetime 'snow' tu, ak dlm koster nak gu JUST. tp buat dunno jela. segan ah kalu arab nmpak ak loncat2 dlm koster tu..hahaha
hahaha...wei...serius rase nak jerit time tu...mmg kanak2 sungguh...haha...ala..org arab pon batak semacam je...kite apatah lagi...
ReplyDelete