9. Fayyum
Next kitaorang jalan ke daerah lain. Habis dah melawat Cairo / Kaherah.
Next, apa lagi, jom layan gambar!
Next kitaorang jalan ke daerah lain. Habis dah melawat Cairo / Kaherah.
Fayyum ni salah satu daerah (kot) di Mesir ni. Tapi kawasan ni kawasan kampung la. Tak sehebat Cairo yang ada la jugak pembangunan semua tu kan. Fayyum ni famous sebab ada Tasik Qarun. Qarun ni orang yang paling kaya zaman Nabi Musa. Kita kenal dia sekarang pon bukan sebab dia kaya tapi sebab nama dia ada disebut dalam Quran untuk kita ambil pengajaran kan. Nama dia disebut 4 kali dalam Quran kalau nak tahu. 2 kali dalam surah al Qashah (ayat 76 & 78), surah Ankabut (ayat 39), surah Ghafir (ayat 24). Ni ustaz pengiring kitaorang bagitahu. Memang hebat dia ni. Boleh keluarkan ayat Quran meluncur dari mulut dia macam tu je tanpa tengok Quran. Dah la tepat pulak tu. Bila saya Google, memang betul ayat-ayat yang dia cakap ni. Bukan setakat ayat Quran, fakta-fakta ni pun semuanya tepat! Keluaran Azhar la katakan *ehem*.
Eh, melalut dah pulak pasal ustaz ni. Adehh.
So, back to our main topic, sepatutnya orang kaya-kaya harta melimpah ruah ni rajin-rajin la bersedekah ye. Jangan jadi macam Qarun yang cakap harta dia banyak-banyak ni sebab ilmu dia. Last-last kena telan bumi. Haa, baru taw. Kalau kaya, beriman takpe. Ni kaya tapi tak beriman, sangatlah rugi *geleng kepala*.
Back to ustaz tadi *hihihi*, dia cerita la yang Qarun ni bangsa Israel, keturunan Nabi Musa (sepupu kot) tapi sokong Firaun ni. Kira dia ni geng sama dengan Firaun dan Haman. Dia ni memang berjaya dalam bidang keusahawanan ni. Mula-mula miskin, pastu jadi kaya. Bila dah kaya, bongkak pulak. Memang tak boleh jadi calon suami ni *tetibe*. Hahaha. Kalau nak nisbahkan kekayaan dia ni, 20 - 40 orang lelaki yang kuat diperlukan untuk angkut harta-harta dia.
Next, apa lagi, jom layan gambar!
Boat di tengah tasik. Tasik ni sangat luas. Bayangkan harta dia seluas dan sedalam tasik ni.
Kanak-kanak Arab yang menjual di sekitar kawasan tasik. Bersungguh betul dia pujuk kitaorang beli barang dia. Salute la adik ni!
Time nak balik, kitaorang singgah satu kebun ni. Ustaz ni baik dengan tuan kebun tu. So, kitaorang tak tahu nak buat apa, ambil gambar je la. Huhu.
Pokok anggur.
Anak isteri tuan kebun tu. berkelah luar rumah je tapi muka diaorang sangat bahagia :)
Buah kaktus, kalau tak silap la.
Pokok kaktus. Semuanya besar-besar.
Pokok apa ntah namanya. Tak ingat.
On the way balik, singgah kilang papyrus. Kan dalam buku teks Sejarah tingkatan berapa ntah cerita pasal Mesir ni kan. Form 4 kot. Yang diaorang cipta kertas dari pokok papyrus. So, time ni kitaorang tengok la cara pembuatan dia.
Pokok papyrus.
Kilang papyrus.
Antara lukisan yang dijual. Dilukis atas kertas papyrus. So, agak mahal la. Depends pada size kertas tu. Makin besar, makin mahal.
Size kecik. Mampu beli yang ni jeeee.
BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment