Sunday, February 20, 2011

Winter Break 2011 - Mesir part 5

9. Fayyum

Next kitaorang jalan ke daerah lain. Habis dah melawat Cairo / Kaherah.

Fayyum ni salah satu daerah (kot) di Mesir ni. Tapi kawasan ni kawasan kampung la. Tak sehebat Cairo yang ada la jugak pembangunan semua tu kan. Fayyum ni famous sebab ada Tasik Qarun. Qarun ni orang yang paling kaya zaman Nabi Musa. Kita kenal dia sekarang pon bukan sebab dia kaya tapi sebab nama dia ada disebut dalam Quran untuk kita ambil pengajaran kan. Nama dia disebut 4 kali dalam Quran kalau nak tahu. 2 kali dalam surah al Qashah (ayat 76 & 78), surah Ankabut (ayat 39), surah Ghafir (ayat 24). Ni ustaz pengiring kitaorang bagitahu. Memang hebat dia ni. Boleh keluarkan ayat Quran meluncur dari mulut dia macam tu je tanpa tengok Quran. Dah la tepat pulak tu. Bila saya Google, memang betul ayat-ayat yang dia cakap ni. Bukan setakat ayat Quran, fakta-fakta ni pun semuanya tepat! Keluaran Azhar la katakan *ehem*.


Eh, melalut dah pulak pasal ustaz ni. Adehh. 

So, back to our main topic, sepatutnya orang kaya-kaya harta melimpah ruah ni rajin-rajin la bersedekah ye. Jangan jadi macam Qarun yang cakap harta dia banyak-banyak ni sebab ilmu dia. Last-last kena telan bumi. Haa, baru taw. Kalau kaya, beriman takpe. Ni kaya tapi tak beriman, sangatlah rugi *geleng kepala*.


Back to ustaz tadi *hihihi*, dia cerita la yang Qarun ni bangsa Israel, keturunan Nabi Musa (sepupu kot) tapi sokong Firaun ni. Kira dia ni geng sama dengan Firaun dan Haman. Dia ni memang berjaya dalam bidang keusahawanan ni. Mula-mula miskin, pastu jadi kaya. Bila dah kaya, bongkak pulak. Memang tak boleh jadi calon suami ni *tetibe*. Hahaha. Kalau nak nisbahkan kekayaan dia ni, 20 - 40 orang lelaki yang kuat diperlukan untuk angkut harta-harta dia.  

Next, apa lagi, jom layan gambar!





Boat di tengah tasik. Tasik ni sangat luas. Bayangkan harta dia seluas dan sedalam tasik ni.

Kanak-kanak Arab yang menjual di sekitar kawasan tasik. Bersungguh betul dia pujuk kitaorang beli barang dia. Salute la adik ni!

Time nak balik, kitaorang singgah satu kebun ni. Ustaz ni baik dengan tuan kebun tu. So, kitaorang tak tahu nak buat apa, ambil gambar je la. Huhu.

Pokok anggur.

Anak isteri tuan kebun tu. berkelah luar rumah je tapi muka diaorang sangat bahagia :)

Buah kaktus, kalau tak silap la.

Pokok kaktus. Semuanya besar-besar.

Pokok apa ntah namanya. Tak ingat.

On the way balik, singgah kilang papyrus. Kan dalam buku teks Sejarah tingkatan berapa ntah cerita pasal Mesir ni kan. Form 4 kot. Yang diaorang cipta kertas dari pokok  papyrus. So, time ni kitaorang tengok la cara pembuatan dia.

Pokok papyrus.

Kilang papyrus.

Antara lukisan yang dijual. Dilukis atas kertas papyrus. So, agak mahal la. Depends pada size kertas tu. Makin besar, makin mahal.

Size kecik. Mampu beli yang ni jeeee.

BERSAMBUNG....

Sunday, February 13, 2011

Winter Break 2011 - Mesir part 4

Dekat dengan Al-Azhar tu ada Tugu Peringatan untuk para syuhada / pemimpin. Tiada yang menarik. Cumanya, bertentangan dengan tugu tu ada tempat duduk macam kat stadium tu. Apa ke ntah namanya. Yang masa perbarisan kat Dataran Merdeka biasa pemimpin negara duduk kat situ. Haa, itu la dia.

Cerita di sebalik tempat duduk tersebut ialah, Anuar Sadat, ex-PM Mesir pernah kena tembak kat situ. Mati rasanya. Wallahu'alam. Siap ada peringatan kat tugu ni lagi.  

Tugu Peringatan Mesir

Tugu Anwar Sadat. 

Siap ada penjaga lagi. Maybe tidak mahu banana fruits two times (baca : pisang berbuah dua kali).

Ni la tempat Anuar Sadat mati ditembak.

8. Sungai Nil


Next, malam tu kitaorang dibawa menaiki boat di Sungai Nil. Sambil tu, ustaz pengiring tu cerita pasal kisah Nabi Musa yang dihanyut Sungai Nil dan dikutip oleh Asiah, isteri Firaun. Memang feeling sungguh time ni. Nal-nak pulak memang berada di Sungai Nil. Ala-ala jadi macam Nabi Musa pulak yang dihanyut dalam peti dibawa arus Sungai Nil. Pehh. Ayat dramatik habis.

Time ni best sangat-sangat sebab dapat satu cerita baru yang tak pernah didengar dari zaman tok nenek moyang dulu. Umur tumbuh jerawat macam ni baru tahu kisah ni. Sedih sungguh.

So, anda-anda yang baca blog saya ni sangatlah bertuah kerana dapat mengetahui kisah ni jugak. Kalau tak tahu, memang sangat menyedihkan. Kisah Cindarellah yang dongeng tu tahu, ni kisah Sungai Nil yang real tak yahu pulak. Adehh.

Ok, once upon a time, sungai Nil ni setiap tahun, dia akan kering. Pasal apa, tu tak payah tahu la. Sebab sy sendiri tak tahu. Wkwkwkw. So, masyarakat Mesir time tu pikir satu idea yang agak menarik tapi mengerikan untuk buat sungai ni tak kering, iaitu 'bagi makan' sungai ni anak dara yang paling cantik sekali. So, mereka-mereka di luar sana yang cantik dan perasan cantik sila berhati-hati ye kerana anda bakal menjadi mangsa seterusnya *ehem*.

So, setakat ni dah ada 6000 orang yang sudah terkorban dan dikorbankan. Idea ni opkos la idea yang karut malah mengarut sebab sungai tu tetap kering. So, masa Islam mula memerintah Mesir, Amru al - Asr hantar surat pada saidina Umar untuk tanya pendapat dia tentang solution masalah tu. Then, Saidina Umar reply surat tu begini

"Wahai Sungai Nil,
jika kamu mengalir dengan kudrat kamu, 
berhentilah mengalir.
tetapi jika Allah Yang Maha Perkasa yang alirkanmu,
kami memohon dan berdoa supaya kamu mengalir seperti biasa"

Lepas tu, Amru ni pon beri surat tu kepada sungai. Eh, macam mana nak beri? Dengan campakkan la surat tu ke dalam sungai. Huhu. Lepas subuh lepas surat tu dibaling, sungai tu melimpah ruah dan selepas dari tu, air Sungai Nil tak pernah-pernah kering dah. (banyak pulak perkataan 'lepas' ni. Tak bertatabahasa sungguh. Huhh)

So, kesimpulannya ialah ---------> Jika sungai boleh taat perintah Allah, kenapa manusia tak boleh? Sedangkan dengan patuh kepada Allah, boleh dapat syurga. Sungai boleh dapat apa?Haaa. So, pikir-pikir kan la. Tapi opkos orang akan reply balik, balasan syurga tak nampak, sebab tu manusia macam tu. Tak pon, alaaa iman kan kejap naik kejap turun. Huhh. Tipikal answer.

Aduhh. Melalut ke laut dah pulak. Next, citer pasal sungai lagi. Sungai Nil ni, adalah salah satu mukjizat Nabi Musa tahu? Nabi Musa ada 9 mukjizai. Meh kita senaraikan bersama-sama ye anak-anak. Sirah nabi niiiii.

1. Tongkat jadi ular
2. Tangannya bila direndam di dalam air akan mengeluarkan cahaya yang tidak menyakitkan mata apabila dipandang.
3. Belalang
4. Katak
5. Banjir
6. Kemarau
7. Kutu
8. AIR SUNGAI NIL MENJADI DARAH---> Masa rakyat Mesir nak gunakan air dari Sungai Nil, air tu berubah jadi darah. Means, asalnya air di dalam sungai, warna nya kebiruan dan memang ia adalah air. Tapi bila dicedok untuk digunakan, berubah jadi warna merah dan memang ia adalah darah. Bukan warna je yang bertukar, tekstur, rasa, chemical, ion-ion semua-semua tu turut berubah!
9. Doa nabi Musa diperkenankan supaya Firaun dihancurkan harta, ditutupkan hatinya dan jangan biarkan Firaun beriman sehinggan dia lihat azab yang pedih. Tempoh masa antara doa tu dengan perkenan-an doa tu ialah selama 40 tahun. (boleh rujuk Surah Yunus)

*kalau google mukjizat nabi Musa memang ternyata ada 9. So, memang betullah apa yang ustaz pengiring ni ceritakan pada kitaorang masa dalam atas boat tu :)

Boat yang kitaorang naik tu

Kitaorang naik waktu malam, so best sangat dapat lihat sungai ni waktu malam. Disebabkan kitaorang tak keluar jalan-jalan waktu malam time kat Mesir, so masa ni teruja la.

Semua jadi warna merah. Bahana sungai darah. Wkwkwkwk.

Tak taw menara apa tu.

Nampak jambatan tu?Penuh dangan kenderaan.

NIL E CITY

Setakat ni sahaja perjalanan kitaorang kat Kaherah. Waaaaiiiitttt. Masih ada lagi yang lain. Gunung Sinai, Alexandria, dan esektera esektera. So, tungguuuuuuuu.

BERSAMBUNG...

Monday, February 7, 2011

Snow kat Irbid??? Anjad????

Pagi tadi pergi meronggeng Maktabah Orange untuk beli buku-buku 2nd semester. Sangat banyak dan sangat ‘ringan’ kot buku-buku tu. Nasib baik bawak backpack. Kalau tak, memang tak terdaya la nak angkut semua buku-buku tu guna tangan ni. Balik pulak, jalan kaki je. Nak jimat duit la katakan (Sebab nak balik MALAYSIA dua kali. Kikiki). Sambil-sambil jalan, ter mengimbau kenangan dolu-dolu la pulak. Bawak beg berat yang penuh dengan buku teks time darjah satu. Rasa nak patah tulang clavicle dan scapula. *kalau lepas ni pergi check ada patah riuk, agak-agak boleh mintak insurans dari Kementerian Pelajaran tak?* Kanak-kanak zaman sekarang takde dah nak merasa ‘kenikmatan’ bawak beg berat-berat. Semua pakai CD-ROM je sekarang. Serius jeles. Huhu.

Actually, bukan pasal tulang yang sy nak cerita hari ni. Sebenarnye, time tengah jalan nak balik ke rumah, tiba-tiba hujan turun lebat giler. Awal-awal tu hujan batu je. So, disebabkan hujan lebat sangat + air bertakung kat jalan, so nak tak nak kena naik teksi jugak la nampaknya. (Hasrat untuk simpan duit selalu terbantut. Haissh)

Nasib baik ada bank. Boleh la duk berteduh sekejap. Hujan pon dah tak lebat. So, nak lintas jalan la untuk balik. Tapi bila tgk air coklat kat jalan banyak sangat, tak jadi nak balik jalan kaki. Tunggu je la kat bank tu. Tiba-tiba…..jeng jeng jeng…hujan turun sekali lagi. And you know what???? It’s S.N.O.W!!!! Hahaha. Nak sedapkan hati, panggil la snow. Tapi sebenarnye, hujan + ais. Memang truja giler kot. Rasa nak melompat je. Dah la berlaku depan mata. Nampak ketul-ketul warna putih turun dari langit. Siapa tak teruja. Huhu. Kalau adik saya, dah lama pergi main tengah hujan ais tu. Kalau ikut hati nak jugak. Tapi disebabkan saya ni student universiti *cehh wahhh* so, tak pergi la main tengah hujan dan kutip ais yang berwarna putih sebijik rasa macam snow tu dan balik rumah buat ais kacang.

sedaplah pulak ais kacang ni.rugi tak pi kutip ais tadi. huahuahua.

Balik-balik rumah punyer la eksited sampai terus dapat aura nak update blog. Haha. Blog ni dah diketepikan tuan dia hampir-hampir sebulan dah. Sadis sungguh. Takpe takpe. Lepas ni sure akan update banyak-banyak sementara spirit ni masih ada. Nantikan ye.

P/s - Harap sangat snow turun kat Irbid. Boleh jugak bajet-bajet dengan budak UK. Haha. *Idea jahat. Not me. Syaitan punyer idea. Haha*

Saturday, February 5, 2011

Winter Break 2011 - Mesir part 3

6. Kubu / Citadel Salahuddin al - Ayubi

Next, kitaorang pergi Kubu Salahuddin Al - Ayubi di Kaherah. Kubu ni besar giler kot. Kubu ni dibina untuk melindungi kota Kaherah tu daripada musuh. Kalau tengok depan-depan, kubu ni memang besar dan terletak di atas bukit. So, dia boleh memerhatikan seluruh kawasan Kaherah tu dan tengok kot-kot ada musuh yang datang.

Semua orang tahu kan sejarah Salahuddin ni - famous fasal Perang Salib dan menakluk Jurusalem kan. Ni saya cerita secara ringkas je la ye.  Perang Salib ni ada 9 siri. setakat yang saya tahu, 1st perang, tentera Kristian menang. 2nd perang yang lebih dikenali dengan nama perang Hittin, tentera Islam telah menang. pada masa ni, di kaki bukit Hittin,Birnis (seorang tentera Salib, tak taw dia ni penglima ke apa) hina agama Islam. So, Salahuddin dengan heronya telah pancung Birnis ni masa tengah berperang masa tu. Memang hebat Salahuddin ni.

Ok, habis tentang perang Salib. Sekarang kita masuk pasal kubu dia pulak. Kalau nak tahu, Salahuddin ni jenis low-profile tak macam pemerintah-pemerintah zaman sekarang yang ada istana besar gedabak megah berdiri penuh dengan kilauan emas berjuta bilion ringgit macam Istana Negara *sila baca dengan sekali nafas*. Salahuddin ni just ada kubu je. Tapi kubu dia ada banyak bukan satu je. Antaranya yang ada di Kaherah ni, Semenanjung Sinai, dan di Tengah Sinai. Kubu-kubu ni la yang jadi pusat pemerintahan dia.

Beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria pada usia 55 tahun.
Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. 

Citadel ni la yang kitaorang pergi tu kalau nak tahu ^_^


Harga tiket 50 L.E. Jauh lebih murah dari masuk piramid tempat Firaun tu. Huhh

Peta keseluruhan kubu.

Pelancong asing pon berlambak mai sini hang taw dak

6.1 Masjid Muhammad Ali 

Masjid ni dibina oleh Ali Pasha. Bukan dibina oleh dia tapi pekerja-pekerja binaan ye. 

Dibina tahun 1830 dan mengambil masa 18 tahun untuk disiapkan. Pehh. Kalau kat Malaysia, umur ni boleh masuk Universiti dah ni. Muhammad Ali Pasha ni keturunan Dinasti Kerajaan Raja Mesir yang terakhir. Beliau dianggap Bapa Mesir Moden. 


Ni masjid yang ada dalam kubu tu. Masjid Ali Pasha. Masjid ni dibina pada zaman pemerintahan Ali Pasha.

Interior design of the kubah.

Masjid ni tak digunakan untuk solat. Just jadi tempat melawat untuk pelancong. Time kitaorang datang, ramai pelancong asing. Ntah dari negara mana ntah.


Ada satu kubah ni, ada 4 penjuru. Setiap penjuru ada 4 nama Khalifah. Ukiran nama Saidina Abu Bakar.

Ukiran nama Saidina Uthman.

Ukiran nama Saidina Ali.

Ukiran nama Saidina Umar.


Ukiran yang halus. Berseni.


6.2 Muzium Ketenteraan. 

Dalam ni ada banyak senapang, jet pejuang, semua-semua la yang diguna pakai time perang. Sejarah peperangan Mesir pon ada jugak. Tak menarik sangat untuk diceritakan. So, kita pendekkan je la ye.

Ni Muzium Ketenteraan.

Zaman-zaman yang memerintah Mesir.

Tugu kepala (?) Firaun Ramsis.

Tugu kepala Sultan Salahuddin.

Kalau masuk time malam-malam seram gak nih. Titibe ada suara tegur dari belakang, memang cabut lari terus. Huhu

7. Al - Azhar

Kitaorang tak masuk uni ni. Just ambil gambar dekat pintu masuk dia je. Jadi la kannnnnn.

Satu-satu nya gambar yang semua orang ada sekali. Skema sungguh gambar ni macam baru lepas graduate dari Uni Azhar je gayanye. Kihkih.



Al -Azhar ni pon ada cerita dia jugak tapi penat nak tulis dah sebab banyak dah tulis. Lenguh jari i tulis untuk uolls taw.

Ehm, so sy tuilis (tulis pon jadi tuilis, malas nk backspace, lantaklah) yang special je la tentang uni ni ye. Kalau nak tahu, Kristian tak dapat nak mengkristiankan orang Mesir ni ( takde lah mengkristiankan semua tapi kalau kita lihat Turki yang mana dah mostly dah berubah tapi tidak bagi Mesir) sebab 

1. Al-Quran masih ada di dada kebanyakan orang Mesir. Diorang ni banyak hafiz-hafiz Quran. Jangan inagt penjual tepi jalan tu even takde lulusan uni tapi Quran hafiz 30 juzuk dah ooiii. Kalah student-student uni.

2. Solat Jumaat dilaksanakan setiap minggu.


3. Dekat dengan Mekah, so senang nak pergi buat haji, umrah or even just melawat jalan-jalan cari makan dengan harga yang sungguh murah sebab dekat kan. Kalau kat Malaysia, ada RM 10 000 baru boleh. Huhh. Maksudnya bila dekat dengan Mekah ni, zouq (bukan kelab zouq tu ye) dia ni lebih sikit la. kot.


4. Adanya Al-Azhar. Selama mana al-Azhar ni masih ada, ia adalah benteng yang sangat kukuh bagi negara Mesir. Tengok, hebat giler kan Al-Azhar. Adakah setaraf dengan uni JUST yang mana bila ia tiada, maka Jordan juga juga akan lupus(?) ? no komen.


BERSAMBUNG...