Sunday, January 30, 2011

Winter Break 2011 - Mesir part 1

Assalamualaikum.

Winter break (bulan 1 2011), sy pergi ke negara Nabi Musa dan Firaun. Rasanya semua orang tahu kan. MESIR / EGYPT. Kitaorang (satu rombongan = 21 orang kot) pergi naik flight Air Arabia. Lebih kurang 1 jam lebih je perjalanan. Time sy pergi tu tak start riot lagi. Alhamdulillah.

SEJARAH MESIR

Mesir terletak antara benua Asia dan Afrika, meskipun ramai orang menganggap ia sebahagian dari Afrika, kerana lebih dari 90% datarannya terletak di Afrika. Posisi Mesir yang berdekatan dangan Asia dan seberang Eropah memang kelihatan srategik. Ia bersempadan  dengan Sudan di sebelah selatan, sebelah barat dengan Libya dan sebelah timur dengan Laut Merah dan Palestin dan Israel.

peta Mesir


MY HOLIDAY (16/1 - 28/1)

16/1/2011

Flight pulul 3.50 petang. Sampai di Alexandria International Airport pukul 5.40 petang. Then, terus naik bas menuju ke Cairo untuk berehat di rumah yang telah disediakan.

Air Arabia

17- 27/1/2011


Kitaorang pergi masjid-masjid, makam-makam, makan-makan*part ni yang best*, piramid, kubu-kubu dan SHOPPING!


Haa, yang kat bawah ni senarai semua tempat yang saya jelajah sepanjang di Mesir.

1. Kubur sebagai rumah

Percaya tak orang -orang kat sini tinggal di atas kubur. Kubur dia bukan macam kat Malaysia tetapi dibina macam sebuah bilik. So, disebabkan kesempitan hidup dan tiada tempat tinggal, terpaksa la duduk dalam ‘bilik’ tu. Seriously, time ustaz-tak-ingat-nama-apa cerita tu memang terkejut. Sebab kitaorg ingatkan tu rumah orang. Rupanya kubur! Boleh imagine tak duduk bersama mayat. Huhh. Seram giler. Time tu bersyukur sangat la kat Malaysia tak pernah ada perkara macam tu terjadi. Kat mesir ni, disebabkan kemiskinan, terpaksa jadikan kubur sebagai tempat berteduh. Kalau tengok, sangat menginsafkan. So, bersyukur la atas nikmat yang tak terhingga yang telah allah berikan pada kita ye.

2. Masjid & makam Imam As-Syafie

Banyak benda yang ustaz cerita pasal Imam Syafie ni. Secara ringkasnya, IS (ringkasan untuk imam syafie) lahir di Gaza  pada 150 Hijrah. Berasal dari bangsa Quraisy. Seorang anak yatim dan miskin. Tetapi IS sangat hebat sebab pada umur 7 tahun dah menghafal Quran. Wow! Umur 10 tahun pulak hafal hadis-hadis dalam masa 9 hari je! Ketika berumur 15 tahun, dianugerahkan sijil untuk menjadi mufti. Selepas itu, pada umurnya 17 tahun, IS menjadi qadi di Yaman. Beliau hidup selama 50++ tahun.

Sampai sekarang, umat Islam di seluruh dunia mengamalkan mazhabnya iaitu Mazhab Imam Syafie.  Kita sepatutnya menjadikan IS ni sebagai contoh sebab even dia miskin, anak yatim, tapi disebabkan dia bersunggu-sungguh, dia lebih berjaya daripada orang yang kaya-raya dan yang ada ibu bapa. Kemiskinan langsung tak menghalang IS daripada menjadi hebat pada zamannya. Malah, sehingga sekarang, insyaallah, IS akan sentiasa mendapat ganjaran berterusan sebab ilmu pengetahuannya digunakan sehingga sekarang (mazhab IS).

Masya Allah. Hebat kan? Jadi, kite koreksi lah diri kita, bandingkan diri kita yang betapa kerdilnya jika dibandingkan dengan IS dan mungkin boleh start fikir, apakah amalan kita yang boleh menjadi pahala berterusan walaupon kita dah mati satu hari nanti. Penting ni taw!

Ok. Tu pasal peribadi dia. Pasal masjidnya pula, terdapat makam IS, makam ibu dan bapa saudara Salahuddin al-Ayubi dan makam kawan baik IS iaitu Muhammad ibnu al-Hakam.

Dalam masjid ni jugak, yang menariknya, terdapat belas tapak kaki Nabi Muhammad s.a.w. Bau dia wangi sangat. Ada 2 pendapat tentang hal ni. Pertama, nabi yang datang ziarahi IS. Yang kedua, Salahuddin al-Ayubi yang bawa peninggalan Nabi ke masjid tu. Ok, tu je la pasal masjid IS.


Makam Imam As-Syafie

 Makam-makam lain

Tapak kaki Nabi. Nampak tak?


BERSAMBUNG....

3 comments:

  1. Kurang dapat dikenalpasti tapak kaki nabi tu, yg mana satu?

    Apapun, saya berasa sangat jeles OK! harap maklum. :DD


    Yang Benar,

    Rozana.

    ReplyDelete
  2. hai hanan! hehe...

    sy dh tukar gambar...sila tengok sekali lagi ye...hehe...

    ReplyDelete
  3. Ohhh ok2 i see it now!

    Thanks for the effort, jazakillah! :DD

    ReplyDelete