Friday, March 25, 2011

JJCI 3 - Ajloun

3
Jordan - Ajloun

Pagi semalam bangon awal-awal pagi. Padahal hujung minggu. Nasib baik ada program ni. Merasa la bangon awal jugak. Kalau tidak, matahari dah mencacak naik baru rasa nak bangon. Tu pon kadang-kadang tarik selimut lagi. Apa punya anak dara. =_=”

Nak tahu pergi mana? Dalam Jordan je pon. Ajloun. Kalau orang Jordan tahu la tempat ni kat mane. Tapi kalau tanya orang Malaysia, mesti geleng kepala tak tahu. Huhu. Ajloun ni sejam je dari irbid. So, disebabkan kitaorg bertujuh, so, naik dua  kereta. On the way nak sampai tu, scenery memang cantik giler la. Ada bunga warna kuning, putih, pink, purple. Serius. Cantik sangat ciptaan Allah ni. Kuasa kamera pon tak boleh nak tandingi kuasa mata yang memandang. Cehh ayat.

Lepas sejam perjalanan, sampai la Kubu Salahuddin kat Ajloun tu. Tak la besar mana kalau nak dibandingkan kat Mesir dulu. *Cakap pasal Mesir ni, baru teringat, tak post pon lagi pasal lawatan bulan 1 hari tu. Padahal berkurun dah dalam draf ni. Huhu*

Sampai-sampai terus cari port nak makan. Sebab Kak Zati asyik dari tadi lagi cakap ‘nak makan, nak makan’. Disebabkan kesian tengok muka monyok dia tu, kitaorang pon decide la untuk makan dulu. Berkelah bawah pokok. Tenang je rasa. Makan pon bertambah-tambah. Mane la tak tembam. *Bab berat badan ni sensitive ok. Jaga-jaga. Nanti tak pasal-pasal emo. Huhu*

Dah siap makan dan kemas-kemas, kitaorang pon explore la seluruh kubu tu. Kecik-kecik pon penat jugak nak naik sampai ke atas. Makcik pakcik dari Itali pon ada time kitaorg naik tu. Diaorang pon rajin nak tengok bekas peninggalan Islam ni. Bagus-bagus. I tabik spring sama u.


Pemandangan dari puncak. Cantik kan.

Dari kiri - Fiqah, *budak comel*, Mariam, Kak Arfie, Naji

I loveee + likeee this pic

Kubu Salahuddin

Cuba cari perkatan TERSEMBUNYI dalam muffin ni. Kalau jumpa, dapat hadiah. *wink wink*


Asma' & Mariam as presenter hari tu.

Ada gaya dalam citer TWILIGHT tak?Hehehe.


Salam Perantaun dari kami ^_^ (Naji & Fiqah)

Dalam kubu

Map kubu

Lepas dah puas posing segala bagai, kitaorang pon turun untuk start pengisian. Pasal apa???Secret la. Mane boleh bagi tahu. Nak jugak??? Ok. Fine. Bagitahu je la. Kitaorang tadabbur ayat pasal awan. Lepas tu, tengok tafsir An - nashr, Al - kafirun, Al - kauthar.

Surat An-Nashr (Pertolongan)
Surat yang ke-: 110, 3 ayat (Madaniyah)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang
1. Jika pertolongan Allah dan kemenangan telah datang.
2. Dan kamu lihat manusia berbondong-bondong masuk agama Islam.
3. Maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Surat Al-Kafirun (Orang-orang kafir)
Surat yang ke-: 109, 6 ayat (Makkiyah)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
1. Katakanlah!: "Hai orang-orang kafir!".
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kalian sembah.
3. Dan kalianpun tidak pula akan menyembah apa yang aku sembah.
4. Aku bukan penyembah apa yang kalian sembah.
5. Kalianpun bukan penyembah apa yang aku sembah.
6. Untuk kalian agama kalian dan untukku agamaKu pula.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Surat Al-Kautsar (Kurnia yang banyak)
Surat yang ke-: 108, 3 ayat (Makkiyah)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
1. Sesungguhnya Kami telah memberimu (Muhammad) kurnia yang banyak.
2. Oleh karena itu jadikanlah shalatmu itu semata-mata untuk Tuhanmu dan berkorbanlah dengan cara yang demikian pula.
3. Sesungguhnya orang yang membencimu itu, dialah yang terputus (dari rahmat Allah).



Nampak meja bawah tu? Tu la tempat kitaorang buat pengisian. :)

Dah siap pengisian, pakcik kereta tu call. Dia panggil kitaorang untuk balik. Sebab tak sabar jumpa kekasih dia. Haha. Tak de lah. Dia nak kejar solat Jumaat kat Irbid. Tak nak solat Jumaat kat Ajloun. Assabiyah punye pakcik. Kikiki. Jangan marah ye. Pakcik bukan faham bahasa Melayu pon. Huhu.

Lepas sejam, sampai la di Irbid. Balik-balik rumah, nampak katil, terus zZzZzZzzzzzzzzzzz...

3 comments:

  1. Bestnya shidah..
    Jaga diri baik2 kat tempat orang.Luv u! (^_^)

    ReplyDelete
  2. mahirah ~ best2 sbb dpt tgk pemandangan cantik

    dibah ~ take care too...i love u damn much dear :)

    ReplyDelete