Monday, March 14, 2011

Scholarship 2

Post kali ni khas kepada pelajar lepasan SPM yang rase dia nak apply biasiswa MARA. Kepada yang lain-lain, kalau rase ada kaitan boleh la diguna pakai. Kalau rasa macam tidak ada kaitan, sila abaikan sahaja ye. Dan nak diperingatkan yang post kali ni serius dan SKEMA. *Pernah ke tak macam tu selama ni? Huhu. Abaikan =_=’*

Mood – Serius ok. No gelak-terguling-atas-katil or makan-sambil-lepak-tengok-tv. Sebab lepas ni ada unsur-unsur ‘kecuakan’ yang boleh membawa kepada darah tinggi. Haa. Tahu takut.

Straight to the point terus la ye, saya menghadiri interview Mara pada tahun 2010. Tak ingat la pulak berapa haribulan. tak tercatat dalam diari. huhu. tapi kalau tak silap dalam bulan 4. Sebelum ni, semua calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga akan diinterview di Ibu Pejabat MARA di Kuala Lumpur. Tapi tahun 2010 tu, tiba-tiba MARA tukar fikiran pulak. So, tempat temuduga bergantung kepada alamat rumah. Awal-awal sy dapat Johor. (Maka bermulalah monolong dalaman, ‘Apa kes dapat Johor?Jejak kaki kat situ pon tak pernah. Pegawai ni salah tengok alamat ke? Huhu.’) Last-last, tanya kawan yang duduk kat PAHANG, diaorang cakap dapat Johor jugak. Giler jauh. Huhu. Calling-calling balik dengan pegawai tu, pujuk-pujuk sikit, dia pun cair. Haha. Akhirnya, tukar ke Kuantan, PAHANG.

Pagi-pagi tu, memang bangun awal la. Rasa cuak macam nak ambil SPM pulak. Nanti korang lalui, korang tahu la betapa rase nak terkeluar jantung hari tu. Breakfast pon tak lalu. Nasi lemak yang selama ni tambah dua pinggan pon pandang sebelah mata je. 

Sampai-sampai je terus dapat nombor cabutan bertuah giliran. Semua yang memohon untuk course medicine ditempatkan di tingkat yang sama. Kalau course lain, kat tingkat lain. So, kalau kita pergi tu, semua yang memohon course yang same dengan kita la. Memang rasa macam tercabar kot. Semua muka confident macam aku-pasti-akan-dapat. Huhu. Tapi jangan tertipu dengan gaya muka tersebut ye. Sebab semuanya psycho je belaka. Padahal dalam hati semua tengah cuak.

Sementara dipanggil untuk interview, ingat-ingat la balik segala benda yang dah hafal tu. Selawat dan doa banyak-banyak. Tak kisah la mulut kita terkumat kamit org nampak kita ni macam tok bomoh, apa kita peduli. Huhu. Yang paling penting, jangan nampak cuak sangat. Control macho ayu je la. Walaupon dalam hati rasa nak menjerit je lepaskan segala kecuakan tu. *Kalau saya, bila time cuak, memang rasa nak jerit je.*
Agak-agak nama dah nak kena panggil, tak payah dah la tengok skrip jawapan. Simpan je dalam beg. Kalau tidak, habis semua yang dah ingat, jadi lupa balik. Huhu. So, dalam 15 minit terakhir tu,

1.    Tarik nafas dalam-dalam
2.    Selawat banyak-banyak
3.    Doa banyak-banyak
4.    Cium tangan mak ayah mintak restu

Sebijik rasa macam nak SPM dulu. Siap mintak restu mak ayah lagi tu. Huhu.
Time nama dah dipanggil, tenangkan diri. Ambil semua file yang nak dibawa masuk. Jangan gopoh gapah. Jalan pun control la (Bayangkan tengah jalan kat atas pentas catwalk. Jalan supaya tak tersadung. Kalau tak, buat malu je + siap kene gelak lagi + terus level confidency  jatuh). So, berhati-hati di jalan raya ye.

Sekarang, bersiap sedia. Anda sedang memasuki kawasan peperangan. So, untuk berjaya dalam battle tersebut, sila ikuti steps dibawah dan anda pasti akan berjaya!!!
  1.   Sebelum masuk, ketuk pintu.
  2.   Bukak je pintu, pandang muka interviewer + senyum + bagi salam.
  3.  Sebelum duduk, ask for permission dulu. Dia suruh duduk, baru duduk. Kalau tak, berdiri  la sampai habis. Haha.
  4.  Serahkan file bila diminta.
  5.  Duduk elok-elok dan tegak-tegak. Kaki lurus *Jangan silangkan sebab nampak tak sopan dan berlagak semacam je. Kalau sy pon menyampah orang gitu. Huhu.* Tangan letak atas peha. Jangan gerak-gerak dah. Duduk statik je.
  6. Interview bermula
Dari no 1 – 6, pastikan muka ni sentiasa senyum taw. Bila dah start interview baru la muka serius + confident.

Setakat ni sahaja post kali ni. Lepas ni kite bersambung pula dalam entry yang seterusnya pasal dah letih nak tulis. Huahuahua. 

3 comments:

  1. aku pon mintak interview kat pahang pon dpt johor...anyway cuak kot time nk interview

    ReplyDelete
  2. hehe...korang ni...buat jejak kasih pulak ek time tu...hehe...
    memang cuak...nak terkeluar jantung...rasa macam nak spm je...

    ReplyDelete