Cepat nye masa berlaku. Tup tup dah habis dah satu tahun. Rase macam baru je lepas main kejar-kejar masa sekolah rendah. Huhu. Cepat sungguh masa berlalu. Macam aerotrain. Tahun 2010 dah ciap-ciap nak melambai lambai pergi dah. Tahun 2011 pulak menghulurkan tangan. Segala yang dah berlalu tahun ni (masih 2010 lagi sekarang ye) bukan harus berlalu macam angin lalu je. Tapi sepatutnya diambil iktibar la kan. Mana yang baik, dijadikan teladan dan kenangan. Mana yang buruk perlu diambil pengajarannya. Kan kan kan?
Bertambah nye tahun maksud nya bertambah la usia. So jadi berape ek? 19????? OMG. Baru je jejak umur 18 hari tu (kalau siapa-siapa tak tahu, sila ambil tahu ye lepas ni). Dah nak masuk 19. MAKKKKK!!!! Tuanya. 2011 ni je la kita-kita semua akan menikmati umur belasan tahun. Masuk 2012, anda sudah 20 tahun. Huishh. Memang anda semakin tua. Sila sedar diri.
So, selepas buat experiment, antara conclusion yang boleh dbuat ialah :
'Semakin bertambah tahun, semakin bertambah umur anda. Jika bertambah kerut di dahi, maka bertambah lah uban di kepala. Makin bertambah tanggungjawab, makin bertambah lah benda yang kena belajar. Dengan itu, makin bertambah lah ke’matured’an anda.
Wow. Bangga cikgu-cikgu sains + bahasa melayu dapat anak murid macam sy ni. Mengaplikasikan sains dan bahasa melayu dengan cukup baik. Memang ada ciri-ciri pelajar cemerlang. (Maaf. Agak riak di situ. Huhu)
Back to the main point, bila cakap pasal matured, apa dia sebenarnye dalam berlegar-legar dalam cerebellum anda? Dah boleh kawen??? Huh. Bulat je mata bila bace pasal kawen. Ehm, matured daya pemikiran? Tingkah laku? Ehm, so, tanye lah diri anda dan jawab lah sendiri ye. Sebab diri sendiri lebih mengetahui nya. Rite?
So, malas nak tulis panjang-panjang dah. Lastly this is an important announcement. Sila pasang telinga dan buka baju mata anda luas-luas. FYI, this is the last post for this year ok. Maka, jangan lah rindu-rinduan. I’ll see you all next year. (Cehh. Macam lambat je lagi next year tu. Padahal esok dah new year. Huhu)
Last wishes…HAPPY NEW YEAR..jangan main mercun banyak sangat...memekak je..huhu..
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH....hoo yeaahh!!!
SELAMAT BERAZAM BARU. (Azam tahun ni dah tercapai???)
i'm coming..............
No comments:
Post a Comment