Assalamualaikum.
Macam-macam berlaku dalam tempoh 2 minggu ni. Ada gembira, sedih, terharu. Macam-macam la.
Sedih sebab sering menerima berita kematian. Sedih kerana markah exam (biasa). Gembira juga kerana markah exam (alhamdulillah). Terharu sebab dapat penghargaan dari seseorang. Gembira sebab exam dah habis, boleh enjoy, shopping, skype dengan family tanpa gusar di hati, berjumpa kawan-kawan dan berborak tentang perkara-perkara selain exam. :D
Actually nak cakap pasal MATI. Ya. Kematian. Itu yang saya nak highlight kan sebenarnya. Semua orang tahu bahawa apabila kita menerima berita kematian, ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan. Berapa ramai orang yang boleh terima berita tersebut dengan berlapang dada? Apatah lagi jika dia adalah seseorang yang rapat dengan kita. Amat susah kan.
Allah berfirman,
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya." (al-Baqarah: 155-157)
Saya sendiri tak tahu macam mana reaksi saya kalau menerima berita kematian orang yang tersayang. Ya Allah. Berat sungguh dugaan tu. Kawan-kawan sy ada yang telah dijemput Ilahi, membuatkan saya terfikir bahawasanya hidup kita sangat singkat. Kematian bolah datang bila-bila masa sahaja. Walaupun kita merasakan yang kita masih muda dan akan hidup lama.
Semoga kita semua akan sentiasa mengingati kematian kerana sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati. Malah akan mengelakkan kita untuk membuat maksiat kan. Alangkah indahnya jika kita mati ketika sedang melaksanakan perintah Allah mahupun sedang melakukan perkara yang baik. Dan alangkah rugi nya jika kita mati dalam keadaan sedang melakukan maksiat.
Semoga setiap baris kata yang ditaip oleh saya akan sentiasa menjadi manfaat untuk semua. Sekurang-kurangnya ia akan sentiasa menjadi pahala yang berterusan buat sy. Insya Allah.
penghargaan dr spe?
ReplyDeletepenghargaan dr spe
ReplyDelete