Assalamualaikum muslimin & muslimat sekalian.
Pesta ibadah - IniAnwarHadi
(best taw video ni!!!)
Tak lama lagi bulan yang paling ditunggu-tunggu umat islam akan tiba. Haa. Tahu tak bulan apa? Of course la semua tahu kan.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: bahawa sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda, “Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan- syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).” ( Hr. Ahmad )
So, apa persedian rakan-rakan untuk menyambut bulan yang mulia ini? Kalau time exam, kita semangat pulun, buat persediaan terbaik , maka, time bulan Ramadhan ini pon kena la macam tu jugak. Kita nak dapatkan yang terbaik untuk bulan ni. Jadi kena la ada persediaan dan perancangan apa yang nak dibuat dalam bulan ni.
Apatah lagi barangkali Ramadhan kali ini akan menjadi ramadhan yang terakhir buat kita. Maka,wajarlah kiranya kita meng’grab’ semua kelebihan yang ada dalam bulan ini. *skema giler ayat*
Buat amalan wajib bersungguh-sungguh.
Mempertingkatkan amalan-amalan sunat. eg baca quran, solat sunat, solat terawih.
Memperbanyakkan zikir.
Kurangkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada makruh puasa. eg tidur banyak.
Mengisi masa lapang dengan sebaiknya.
Bersedekah.
Dan macam-macam lagi kan.
Semua orang tahu bahawa dalam bulan Ramadhan ni, pahala amalan kita akan berlipat kali ganda. Maka, jangan sia-siakan peluang keemasan ni ! Allah dah bagi kepada kita satu bulan yang khas untuk hambanya beibadah. (bukan bermaksud bulan lain kita tak beribadah tapi bulan ramadhan ni special taw!) Jadi, grab la sehabis-habisnya.
Sudah tiba masanya kita menjadi lebih peka dalam hal ni. Bukan lagi jadi macam time kecik-kecik dulu. Bila bulan puasa dah fikir raya. Huhu. Of course la kita kena ubah cara pemikiran kita sekarang kan. Antara Ramadhan & Syawal, utamakan Ramadhan dulu. Insya Allah, kita akan dapat satu kepuasan dan keuntungan yang kita jarang dapat rasakan pada bulan-bulan yang lain.
Lastly, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Insya Allah.
hye cik shidah!! :) selamat ber'ramadhan' di bumi anbia!! semoga diberkati-Nya...
ReplyDeletep/s : klau brbuke nnt jgn nitis plak air mata ye...kot2 la tringat org kt umah...hihihi...hye cik shidah!! :) selamat ber'ramadhan' di bumi anbia!! semoga diberkati-Nya...
p/s : klau brbuke nnt jgn nitis plak air mata ye...kot2 la tringat org kt umah...hihihi...
hai! selamat ramadhan juga..rndunya pada MURTABAK, AYAM PERCIK, IKAN BAKAR!
ReplyDeletetak sabar nak balik Malaysia...:D
Rugi kalau kita tak ambil kesempatan memanfaatkan kelebihN ramadhan....
ReplyDeleteAyam goreng uncle bob tu ada kat bazaar sect 18.sebelah hostel uitm rasanya. Tak pasti pulak hostel ape tu. Study kat uitm ke?