Friday, July 29, 2011

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum muslimin & muslimat sekalian.

Pesta ibadah - IniAnwarHadi
(best taw video ni!!!)

Tak lama lagi bulan yang paling ditunggu-tunggu umat islam akan tiba. Haa. Tahu tak bulan apa? Of course la semua tahu kan.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: bahawa sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda, “Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan- syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).” ( Hr. Ahmad )

So, apa persedian rakan-rakan untuk menyambut bulan yang mulia ini? Kalau time exam, kita semangat pulun, buat  persediaan terbaik , maka, time bulan Ramadhan ini pon kena la macam tu jugak. Kita nak dapatkan yang terbaik untuk bulan ni. Jadi kena la ada persediaan dan perancangan apa yang nak dibuat dalam bulan ni.

Apatah lagi barangkali Ramadhan kali ini akan menjadi ramadhan yang terakhir buat kita. Maka,wajarlah kiranya kita meng’grab’ semua kelebihan yang ada dalam bulan ini. *skema giler ayat*

Buat amalan wajib bersungguh-sungguh.
Mempertingkatkan amalan-amalan sunat. eg baca quran, solat sunat, solat terawih.
Memperbanyakkan zikir.
Kurangkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada makruh puasa. eg tidur banyak.
Mengisi masa lapang dengan sebaiknya.
Bersedekah.
Dan macam-macam lagi kan.


Semua orang tahu bahawa dalam bulan Ramadhan ni, pahala amalan kita akan berlipat kali ganda. Maka, jangan sia-siakan peluang keemasan ni ! Allah dah bagi kepada kita satu bulan yang khas untuk hambanya beibadah. (bukan bermaksud bulan lain kita tak beribadah tapi bulan ramadhan ni special taw!) Jadi, grab la sehabis-habisnya.

Sudah tiba masanya kita menjadi lebih peka dalam hal ni. Bukan lagi jadi macam time kecik-kecik dulu. Bila bulan puasa dah fikir raya. Huhu. Of course la kita kena ubah cara pemikiran kita sekarang kan. Antara Ramadhan & Syawal, utamakan Ramadhan dulu. Insya Allah, kita akan dapat satu kepuasan  dan keuntungan yang kita jarang dapat rasakan pada bulan-bulan yang lain.

Lastly, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Insya Allah.



Tuesday, July 12, 2011

Penat

Penat.
Letih.
Lelah.
Tak larat.
dan segala yang bersamaan dengannya.




Pergi main jauh-jauh. Sigh.


p/s - Main dengan hati memang penat.

Saturday, July 9, 2011

Spring Break 2011

Assalamualaikum.

Sebulan dah menghilang. Ke mana pergi nya gerangan tuan punye blog? Ke Malaysia la. Huhu. Sebulan holiday daripada segala jenis buku, sebulan jugak holiday dari tulis sebarang entry. Hendak buat macam mana. Wifi kat rumah buat problem pulak. Guna comp umah umah boleh je, nak connect dengan laptop, jadi problem. Tak dapat lah den nak mengupdate nya. Sebab tak suka update gune comp rumah. Guna laptop sendiri best sikit.

So, entry kali ni, cerita pasal holiday hari tu je la. Kire ni cerita basi la. Huhu.

For  this spring break, i went back to Malaysia. Ahhh..really heaven! Home sweet home. After about 8 months struggle in my studies, lastly i came back to Malaysia. Of course la nak jumpa orang tersayang. Rindu tawwww.

Happy giler kot dapat jumpa my family especially adik ‘kecik’. Hehe. Jumpa tok & wan. Mak cik pakcik, sepupu sepapat. Tapi tak sempat nak jumpa semua. Rasa-rasanya maybe baru 15% kot yang jumpa cuti baru ni. Yang lain, time summer break la kot. Eh? Summer break?

Cehh konon buat tak tahu. Padahal tahun ni balik malaysia 2 kali. Memang la anak manja. Opsss. Hehe. Tapi ada je yang lagi manja ok. Balik 3 kali ye. Diulang tulisan, 3 kali. Pehh.

For the 1st time cuti ni, tak pergi mana-mana pon. Just duduk rumah, memasak, pergi kenduri, layan adik, ajar adik, jmpe kawan, jumpe sedara mara. Tu je la. Makan, tido, makan, tido pon tak dilupakan jugak. Huhu.

Harap cuti akan datang diisi dengan lebih bermanfaat. Banyak sikit aktiviti kot sebab time tu raya aidilfitri. Ehm, sampai sini aje la. I’ll stop here. Ktatabyeassalamualaikum.