Bila mengimbau kenangan lama, kadangkala memang akan mengalirkan air mata. Samada air mata gembira, sedih, terharu dan sebagainya. Memang best mengimbau kenangan. Dalam ketawa ada duka. Dalam duka ada lara. Dalam duka ada ketawa. Dalam ketawa ada lara. *apasal asyik ulang perkataan ketawa, duka dan lara ni?*
Haa. Tak tahu la macam mana tetibe teringat kat sekolah tu. Start masuk sekolah tu smpai la keluar dari sekolah tu. Seriously I miss it damn much. Sangat-sangat rindu. Semuanya. Kawan yang sweet, cikgu yang cantik dan hensem, warden yang garang dan asyik nak denda je kerjanya, blok sekolah & asrama yang boleh tahan la cantiknye, DEMA (stands for Dewan Makan), blue house (tak paham takpe. Org tertentu je paham), pakcik jaga (?), tapak perhimpunan, dan macam-macam lagi la. Memang tak ter-list. (korang rindu tak? Kalau rindu, sila angkat tangan macam saya. Lalala~~~)
Tak sangka dah 3 tahun lebih dah tinggalkan sekolah tu. Macam-macam kenangan walaupun sekejap je kat situ. Time nak pindah memang sedih. Dah masuk sekolah baru pon teringat lagi. Sampai mimpi-mimpi. Dasyat betul penangan sekolah ni. Even my parents pun tertanya-tanya apasal la anak dia yang sorang ni susah sangat nak tinggalkan sekolah tu. Padahal time form 1 & form 2 beria nak pindah.
Teringat dialog dengan my BESTY,
Dia : Haa. Tu la. Time form 1 & form 2 beria nak pindah. Siap call tiap-tiap hari lagi nak mintak pindah. Sekarang doa dah termakbul dah Shidah. Tak nak plak pindah.(dia perli sambil dia pun nangis. huhu)
Saya : sob….sob….sob...(dah tahu orang sedih, nak perli-perli lagi.huhu)
24/1/2008 KHAMIS
Parents datang nak bawak balik. Siap my mom call ustazah tadika lagi pujuk sy supaya pindah. My dad bengang dah tu sebab hajat dia nak bawak balik anak dia ni tak kesampaian.
25 /1/2008 JUMAAT
Sok nye datang lagi. Pergi ke hostel, mintak dari warden nak bawak balik. Tapi anak dia ni pergi nyorok satu asrama supaya tak kena bawak balik. Last-last warden pun berpakat dengan dengan my parents kasi bawak balik. Bertuah betul la warden. U taknak masuk pakatan i ke? Huhu. Sepanjang dalam kereta asyik nangis. Adik-beradik dah ketawa terkekeh-kekeh sebab akak dia nangis. *dalam hati, ‘Siap la balik nanti. Akak cubit-cubit. Baru tahu sakit’ gelak jahat tapi dalam hati je la*
31/1/2008 KHAMIS
Dah confirm kena pindah. Sepanjang minggu asyik nangis je. Pandang hostel nak nangis, pandang makcik dema pun rasa nak nangis sebab dia masak sedap sangat (ye ke?). Tapi yang best nya time tu, cikgu bagi homework pon tak yah buat sebab dah nak pindah kan. Huhu.
12 /2/2008 SELASA
Masuk sekolah baru. Sedih. Muka tak senyum langsung sampai ada sorang cikgu tu tegur, ‘Kenapa muka masam je? Kena paksa masuk ye. Tak pe. Mula-mula mamang tak suke, lama-lama suka la‘
Pastu senyum je la kat cikgu tu sebab kena paksa dengan abah. Huhu.
HARI LAST DI SEKOLAH BARU
Sehari lepas habis SPM, packing barang nak balik. Tak tahu kenapa nak pindah kali ni tak sesedih time pindah dari sekolah itu. Maybe sebab kenangan di sekolah itu lebih banyak dari sekolah ini. Tapi kenangan tu tetap ada.
Tapi apa-apa pun, tetap bersyukur sebab Allah letakkan saya di sekolah itu dan di sekolah baru ni. Allah knows the best, rite. Tapi entry ni khas untuk sekolah itu. Kepada kawan-kawan sy yang pernah bersekolah di sekolah itu, sy nak cakap….sy rindu kamu semua. Rindu dengan ukhwah kita, makan sama-sama, gaduh sama-sama, kena denda sama-sama *sebab bising time tengok World Cup*, tazkirah ustaz ustazah, semuanya lah. Walaupun ada perkara yang kita tak suka dengan sekolah itu, tapi sekolah tu yang banyak mengajar kita kan. Dan walaupun semua dah jauh terpisah dan ada hala tuju masing-masing, semoga persahabatan tetap kekal abadi. *sorry la ter-feeling. Kalau cakap pasal ni, memang selalu feeling habis. Huhu*
Btw, kepada adik-adik yang tengah belajar kat sekolah itu, grab la semua yang ada kat situ. Bila dah keluar nanti, korang akan rasa apa yang kitaorang pernah rasa. Menyesal sebab tak ambil segala yang berharga kat sekolah itu.
Cukup la sampai sini. Panjang pulak menulisnya.
Sekolah itu
Kredit to Yusrina Yunus
Asyik blok baru je. Gambar blok lama tak de sebab blok baru cantik sikit untuk diambil gambar. Cehh memilih.
SMKA Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang. SMKA yang mempunyai nama yang paling panjang tu sekolah ni la.
berembun time kena marah sebab tengok world cup sama-sama.
ReplyDeletesungguh,i miss that moment!
zati - sy bangun pukul 4 pagi. baru tengok 5 minit, dah kena halau keluar. memang tension giler time tu. tak pasal2 je. tengok budak laki sorak2, serius jeles.
ReplyDeletememang kenangan terindah la. haha
mahirah:hahaha...padan muke spe suh tgk...
ReplyDeletemahirah - 4 tahun sekali..kena la tengok..tu je yg 1st & last boleh tgk kat sekolah... tapi tak pasal2 kena berembun tengah pagi.
ReplyDeleteyang pahit dulu la mrupakan yang manis bagi kita sekarang
ReplyDeletekene berembun smpai subuh deh,, cam dh lali kot kene rase nya sebab byk kali kene
ReplyDeleteafiq aiman - betol2..sangat setuju :)
ReplyDeletenaza - haha...banyak kali?bila lagi kena?sy yg tu je 1st & last..tu pon nak kutuk byk2 dah time tu..bengang kot...tapi dah jadi kenangan manis dah sekarang
salam
ReplyDeleteweh, kau bukan kisas ke?
btw, ak un miss the moment kt skolah ak dlu2. nyesal x fly selalu. hehe.
acece naz....haha
ReplyDeletepeh mang gile r...bkak blog ni cte sal tahap bkak fb cte sal tahap...ni saja nk bikin nangis ni...
ReplyDeletei mis gak skul tu sampai t'sngaja pilih tahap tuk ujian medsi...aiseh mis u too shidah
naz - ni before KISAS la...SMKA TAHAP..same ngan zati...
ReplyDeletejijo - kenapa 'ecece'?
ReplyDeletect - i miss u damn much la dear..
ReplyDeleterindu cls kite dulu..lama dah tak jejak kaki kat tahap ni...
salam...sori tumpang lalu...saya batch '93 tahap. teringat tempat basuh baju bergelar 'blue house'...masih kekal hingga sekarang...huhu
ReplyDelete