Friday, April 15, 2011

Sekolah Itu.

Bila mengimbau kenangan lama, kadangkala memang akan mengalirkan air mata. Samada air mata gembira, sedih, terharu dan sebagainya. Memang best mengimbau kenangan. Dalam ketawa ada duka. Dalam duka ada lara. Dalam duka ada ketawa. Dalam ketawa ada lara. *apasal asyik ulang perkataan ketawa, duka dan lara ni?*

Haa. Tak tahu la macam mana tetibe teringat kat sekolah tu. Start masuk sekolah tu smpai la keluar dari sekolah tu. Seriously I miss it damn much. Sangat-sangat rindu. Semuanya. Kawan yang sweet, cikgu yang cantik dan hensem, warden yang garang dan asyik nak denda je kerjanya, blok sekolah & asrama yang boleh tahan la cantiknye, DEMA (stands for Dewan Makan), blue house (tak paham takpe. Org tertentu je paham), pakcik jaga (?), tapak perhimpunan, dan macam-macam lagi la. Memang tak ter-list. (korang rindu tak? Kalau rindu, sila angkat tangan macam saya. Lalala~~~)

Tak sangka dah 3 tahun lebih dah tinggalkan sekolah tu. Macam-macam kenangan walaupun sekejap je kat situ. Time nak pindah memang sedih. Dah masuk sekolah baru pon teringat lagi. Sampai mimpi-mimpi. Dasyat betul penangan sekolah ni. Even my parents pun tertanya-tanya apasal la anak dia yang sorang ni susah sangat nak tinggalkan sekolah tu. Padahal time form 1 & form 2 beria nak pindah.

Teringat dialog dengan my BESTY,

Dia : Haa. Tu la. Time form 1 & form 2 beria nak pindah. Siap call tiap-tiap hari lagi nak mintak pindah. Sekarang doa dah termakbul dah Shidah. Tak nak plak pindah.(dia perli sambil dia pun nangis. huhu)

Saya : sob….sob….sob...(dah tahu orang sedih, nak perli-perli lagi.huhu)

24/1/2008 KHAMIS
Parents datang nak bawak balik. Siap my mom call ustazah tadika lagi pujuk sy supaya pindah. My dad bengang dah tu sebab hajat dia nak bawak balik anak dia ni tak kesampaian.

25 /1/2008 JUMAAT
Sok nye datang lagi. Pergi ke hostel, mintak dari warden nak bawak balik. Tapi anak dia ni pergi nyorok satu asrama supaya tak kena bawak balik. Last-last warden pun berpakat dengan dengan my parents kasi bawak balik. Bertuah betul la warden. U taknak masuk pakatan i ke? Huhu. Sepanjang dalam kereta asyik nangis. Adik-beradik dah ketawa terkekeh-kekeh sebab akak dia nangis. *dalam hati, ‘Siap la balik nanti. Akak cubit-cubit. Baru tahu sakit’ gelak jahat tapi dalam hati je la*

31/1/2008 KHAMIS
Dah confirm kena pindah. Sepanjang minggu asyik nangis je. Pandang hostel nak nangis, pandang makcik dema pun rasa nak nangis sebab dia masak sedap sangat (ye ke?). Tapi yang best nya time tu, cikgu bagi homework pon tak yah buat sebab dah nak pindah kan. Huhu.

12 /2/2008 SELASA
Masuk sekolah baru. Sedih. Muka tak senyum langsung sampai ada sorang cikgu tu tegur, ‘Kenapa muka masam je? Kena paksa masuk ye. Tak pe. Mula-mula mamang tak suke, lama-lama suka la‘
Pastu senyum je la kat cikgu tu sebab kena paksa dengan abah. Huhu.

HARI LAST DI SEKOLAH BARU
Sehari lepas habis SPM, packing barang nak balik. Tak tahu kenapa nak pindah kali ni tak sesedih time pindah dari sekolah itu. Maybe sebab kenangan di sekolah itu lebih banyak dari sekolah ini. Tapi kenangan tu tetap ada.

Tapi apa-apa pun, tetap bersyukur sebab Allah letakkan saya di sekolah itu dan di sekolah baru ni. Allah knows the best, rite. Tapi entry ni khas untuk sekolah itu. Kepada kawan-kawan sy yang pernah bersekolah di sekolah itu, sy nak cakap….sy rindu kamu semua. Rindu dengan ukhwah kita, makan sama-sama, gaduh sama-sama, kena denda sama-sama *sebab bising time tengok World Cup*, tazkirah ustaz ustazah, semuanya lah. Walaupun ada perkara yang kita tak suka dengan sekolah itu, tapi sekolah tu yang banyak mengajar kita kan. Dan walaupun semua dah jauh terpisah dan ada hala tuju masing-masing, semoga persahabatan tetap kekal abadi. *sorry la ter-feeling. Kalau cakap pasal ni, memang selalu feeling habis. Huhu*

Btw, kepada adik-adik yang tengah belajar kat sekolah itu, grab la semua yang ada kat situ. Bila dah keluar nanti, korang akan rasa apa yang kitaorang pernah rasa. Menyesal sebab tak ambil segala yang berharga kat sekolah itu.

Cukup la sampai sini. Panjang pulak menulisnya.

Sekolah itu

Kredit to Yusrina Yunus

Asyik blok baru je. Gambar blok lama tak de sebab blok baru cantik sikit untuk diambil gambar. Cehh memilih.

SMKA Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang. SMKA yang mempunyai nama yang paling panjang tu sekolah ni la.

Wednesday, April 13, 2011

Musim Loya & Muntah



Di toilet

Uwekk. Uweekk. *loya-loya dan muntah* 

Di hospital
"Anda disahkan pregnant 2 bulan." *pengsan*
_______________________________________________________________
Ok. Stop there. Situasi di atas tiada kena mengena dengan penulis juga samada dengan yang telah hidup mahupun yang telah mati.

Tapi tajuk entry memang berkait ye. Rasa nak muntah + loya + nak pengsan sebab PHYSIO, ANAT, HISTO, OC & ENG. Dan di stresskan disini bukan disebabkan mengandung or what-so-ever. Di baca nya my mom, sah pengsan empatpuloh hari empatpuloh malam, terus tempah flight datang sini. Huhu.

Haisshh. Tadi baru lepas satu bebanan. Next week datang lagi. Makkkk, nak balik!!!! Huhu. Serius penat beb. Lepas keluar mulut buaya, harimau pulak nganga mulut nak terkam. Ni lah kehidupan sebagai pelajar. Makin lama, makin susah. Nak tido lena sikit pon susah. Asyik teringat exam je. Tapi result pon tak hebat mana. Hadoiii.

Tak guna jugak asyik mengeluh je. Sekali sekala tak pe jugak kan. So, memang kena tampar manja-manja pipi ni agar berpijak di bumi nyata. Nak dapat sesuatu bukan senang. Perlukan daya usaha dan tak putus asa. Walau dalam apa jua keadaan. Kalau nak mengorat anak dara orang sanggup merentas benua, meredah lautan api, tak kan belajar sikit tak boleh. Huhu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. *Wahhh. Tak sangka masih ingat peribahasa melayu!*

So, kepada kawan-kawan yang  tengah exam sekarang, good luck to all of you. Do your best. Allah pandang usaha bukannya keputusan. Tapi mak bapak pandang keputusan. Ye dak? Huhu. Good luck jugak kepada diri sendiri. Sabar la exam setiap minggu pon. Orang lain pon macam  tu jugak. Hope masih diberi kekuatan untuk bertahan selama 6 tahun disini.*Sob sob. Nak nangis pulak rasa bila kenang lama lagi nak duduk sini*

Hidup perlu diteruskan. Chill la. Hidup biar sedap!

Sentap Mak Nak Oiiii

Geleng kepala tengok macam-macam fesyen tudung sekarang ni. Start dengan tudung bawal pastu makin lama, makin popular dengan shawl. Tak tahu shawl tu apa? Memang katak di bawah kaca. Yang semua perempuan pakai melilit-lilit tengkuk tu, tu la nama  nya shawl ye adik-adik. In malay, dipanggil selendang.

Dulu famous dengan tudung Wardina, tudung Ekin mawi lah, tudung Siti, pastu tudung Yuna, now, keluar fesyen baru Hana Tajima.

Btw pe yang nak dicakapkan ni sebenarnye? Actually suka je tengok pompuan-pompuan pakai shawl ni. Cantik, tertarik, menarik, kau memang kena bom da’ bomb. Tapi agak-agak la nak fesyen pon, syarat pemakaian jangan dilupa. Tak kisah la nak lilit 3,4 kali or nak pakai 2,3 lapis. I tak kisah la you. Janji pandai-pandai la cover mane yang perlu di cover.

Pakai je lah mana yang rasa selesa. Janji tutup aurat. Means menutupi dada, pakai dengan pakaian yang sesuai. Bukannya pakai tudung, tapi pakai legging. Oppss. Terasakah? Huahuahua. Siapa makan cili, dia la terasa pedasnya ye.

Ok. Stop sampai sini je la. Lastly, dalam mana-mana pilihan, buatlah pilihan yang terbaik. Your choice is in your hand.

p/s - Malaysia kan negara iklim Khatulistiwa. Tak panas & berpeluh ke pakai lilit-lilit?


Tudung bawal. Tak laku dah sekarang

Tudung Ekin

Tudung Siti. Cantik tapi nampak rambut sejemput. So,dah jadi tak cantik. Huhu

Shawl jenis biasa-biasa

Shawl yang pakai inner

Revolution inner pulak. Macam pelangi warna nya

Haa. u-know-who. Hana Tajima punye stail

Fesyen lama Yuna

Ini lagi vogue! kalah Datuk Siti.

Haa. Yang ni semua ada. Segi tiga cam tudung ikan bawal pon ada. Lilit-lilit pon ada. Jahit atas sampai bawah pon ada. Tapi semua ada 1 persamaan. Pe dia?Bak kata Nabil 'Lu pikir la sendiri'. Huahuahua