Memang tak bertuah betol la blog ni sebab dapat tuan macam sy. Mentang-mentang la idea tak datang-datang, alamatnya, jadi senyap je la blog ni. Nasib baik baru bersawang sikit-sikit. Mujur spiderman tak singgah ke blog ni. Huhhh.
Nak kate busy macam PM sampai tak menjengah blog ni, tak de la busy sangat. Sibuk sikit je. Eh. Bukan same je ke busy and sibuk. Ehm, yang sebenarnye sebab memang dah kering idea sangat-sangat. Tak tahu nak conteng update pasal apa. Bila idea datang pon, tersekat tengah jalan. Jam agak nye. Haru betol.
Tapi bila nak dekat-dekat exam tu la idea datang mencurah-curah. Macam hujan turun. Dah la nak final exam dah. Esok tuuu. Huhu. Memang tak sedar diri la.
Sory la ye sebab banyak sgt merepek kat atas tu. Nak dipendekkan cerita, 26/12/2010 hari tu, sy dah selamat mendaftarkan anak subjek. Tasjil subjek for the second sem. Anatomy + Lab, Physiology, Histology + Lab, Organic Chemistry and English. Nasib baik Arab dah tak belajar. Huhu. Nak tasjil ni bukan senang taw. Berdebar-debar mengalahkan nak dapat result SPM. Hiperbola sangat tu sebenarnye sebab time SPMdulu tak boleh tido malam. Nak tasjil ni lena je tidur bawah hirom tu. Huhu.
Tapi nak ditekankan di sini bahawa, man’tasjil’ subjek di JUST sangatlah memerlukan daya ketahanan mental fizikal yang tinggi ye kawan-kawan. Hanya student JUSTyang belajar di JUSTsahaja yang akan merasai nya. So, kalau anda semua nak rasa, mai pakat datang sini. *promote*. Ada yang berjaya mengalahkan ‘musuh-musuh’ mereka. Dan ada yang kecundang. Siap ada yang kena penggal kepala, tetak tangan. Adoi. Sakitnya. Haa. Tu la gambaran nye.
Second Semester 2010-2011 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jangan tanya kenapa 'unpayed'. Sila tanye MARA ye. And for the spelling, sila tanye bahagian komputer JUST. huhu
Memang frust menonggeng la kalau tak dapat jadual seperti yang dah dirancang awal-awal. Macam sy ni. Even ada gap 4 jam, tapi tetap bersyukur la jugak. Sebab nya, tak la nanti asyik online @ tido @ menghabiskan duit MARA di Arabella Mall saja. Kikiki. So,4 jam tu insyaAllah akan dihabiskan di library. Jadi minah library pulak la lepas ni. Sem 1 duduk dekat library 3 jam. Sem 2 jadi 4 jam. Mintak jauh la summer sem nanti jadi 5 jam pulak. Adoyai.
So, debaran dah berakhir untuk tasjil subjek. Sekarang debaran untuk final exam pulak.
- BIOLOGY LAB
- PHYSICS
- ENGLISH
- BIOLOGY
- CHEMISTRY
- ARABIC
- kite enjoy!!!!! MESIR sedang menantikan ku. Haha. Jangan jeles!!!
Hehe. memang tak sabar betul nak cuti lepas habis exam. Tapi nak ke cuti tu, kene exam dulu. Ehm, dah lumrah hidup. Asyik bergelumang dengan exam je. So, untuk kamu-kamu semua yang akan menghadapi exam, selamat menjawab dan jangan nak main tembak je. Huhu. Doakan untuk saya juga ye semoga boleh jawab elok-elok.
huhuhu....
ReplyDeletesgt haru biru... hehe...
well, good luck...
waa, abis exam bcuti ke mesir ka?
ha, nnti tulis laa pasal mesir plak... hu8
all da best my friend... our pray always be with u... hehe
nasri~ thanks...skrg sy plak exam...awk dah lepas kan...hehe
ReplyDeletecuti sebulan...jalan2 ke mesir la...
insya Allah...6t sy update pasal tu...tungguuuuu...hehehe...