Friday, December 31, 2010

I Will Miss You...

Cepat nye masa berlaku. Tup tup dah habis dah satu tahun. Rase macam baru je lepas main kejar-kejar masa sekolah rendah. Huhu. Cepat sungguh masa berlalu. Macam aerotrain. Tahun 2010 dah ciap-ciap nak melambai lambai pergi dah. Tahun 2011 pulak menghulurkan tangan. Segala yang dah berlalu tahun ni (masih 2010 lagi sekarang ye) bukan harus berlalu macam angin lalu je. Tapi sepatutnya diambil iktibar la kan. Mana yang baik, dijadikan teladan dan kenangan. Mana yang buruk perlu diambil pengajarannya. Kan kan kan?

Bertambah nye tahun maksud nya bertambah la usia. So jadi berape ek? 19????? OMG. Baru je jejak umur 18 hari tu (kalau siapa-siapa tak tahu, sila ambil tahu ye lepas ni). Dah nak masuk 19. MAKKKKK!!!! Tuanya. 2011 ni je la kita-kita semua akan menikmati umur belasan tahun. Masuk 2012, anda sudah 20 tahun. Huishh. Memang anda semakin tua. Sila sedar diri.

So, selepas buat experiment, antara conclusion yang boleh dbuat ialah :

 'Semakin bertambah tahun, semakin bertambah umur anda. Jika bertambah kerut di dahi, maka bertambah lah uban di kepala. Makin bertambah tanggungjawab, makin bertambah lah benda yang kena belajar. Dengan itu, makin bertambah lah ke’matured’an anda.

Wow. Bangga cikgu-cikgu sains + bahasa melayu dapat anak murid macam sy ni. Mengaplikasikan sains dan bahasa melayu dengan cukup baik. Memang ada ciri-ciri pelajar cemerlang. (Maaf. Agak riak di situ. Huhu)

Back to the main point, bila cakap pasal matured, apa dia sebenarnye dalam berlegar-legar dalam cerebellum anda? Dah boleh kawen??? Huh. Bulat je mata bila bace pasal kawen. Ehm, matured daya pemikiran? Tingkah laku? Ehm, so, tanye lah diri anda dan jawab lah sendiri ye. Sebab diri sendiri lebih mengetahui nya. Rite?

So, malas nak tulis panjang-panjang dah. Lastly this is an important announcement. Sila pasang telinga dan buka baju mata anda luas-luas. FYI, this is the last post for this year ok. Maka, jangan lah rindu-rinduan. I’ll see you all next year. (Cehh. Macam lambat je lagi next year tu. Padahal esok dah new year. Huhu)

Last wishes…HAPPY NEW YEAR..jangan main mercun banyak sangat...memekak je..huhu..




SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH....hoo yeaahh!!!

SELAMAT BERAZAM BARU. (Azam tahun ni dah tercapai???)


i'm coming..............


Sunday, December 26, 2010

Dengan Ini, PERANG Diisytiharkan!!!


Memang tak bertuah betol la blog ni sebab dapat tuan macam sy. Mentang-mentang la idea tak datang-datang, alamatnya, jadi senyap je la blog ni. Nasib baik baru bersawang sikit-sikit. Mujur spiderman tak singgah ke blog ni. Huhhh.

Nak kate busy macam PM sampai tak menjengah blog ni, tak de la busy sangat. Sibuk sikit je. Eh. Bukan same je ke busy and sibuk. Ehm, yang sebenarnye sebab memang dah kering idea sangat-sangat. Tak tahu nak conteng update pasal apa. Bila idea datang pon, tersekat tengah jalan. Jam agak nye. Haru betol.

Tapi bila nak dekat-dekat exam tu la idea datang mencurah-curah. Macam hujan turun. Dah la nak final exam dah. Esok tuuu. Huhu. Memang tak sedar diri la.

Sory la ye sebab banyak sgt merepek kat atas tu. Nak dipendekkan cerita, 26/12/2010 hari tu, sy dah selamat mendaftarkan anak subjek. Tasjil subjek for the second sem. Anatomy + Lab, Physiology, Histology + Lab, Organic Chemistry and English. Nasib baik Arab dah tak belajar. Huhu. Nak tasjil ni bukan senang taw. Berdebar-debar mengalahkan nak dapat result SPM. Hiperbola sangat tu sebenarnye sebab time SPMdulu tak boleh tido malam. Nak tasjil ni lena je tidur bawah hirom tu. Huhu.

Tapi nak ditekankan di sini bahawa, man’tasjil’ subjek di JUST sangatlah memerlukan daya ketahanan mental fizikal yang tinggi ye kawan-kawan. Hanya student JUSTyang belajar di JUSTsahaja yang akan merasai nya. So, kalau anda semua nak rasa, mai pakat datang sini. *promote*. Ada yang berjaya mengalahkan ‘musuh-musuh’ mereka. Dan ada yang kecundang. Siap ada yang kena penggal kepala, tetak tangan. Adoi. Sakitnya. Haa. Tu la gambaran nye.

Registered courses
Second Semester 2010-2011
Line numberCourse codeSectionCourse TitleNo. of hoursDaysTimeRoomInstructorFees
101120MED1122GENERAL ANATOMY3Sun Tue 2:15** 3:15NURSING HALLMohammad Hassan Hassan Shamsuddin Alhaidariunpayed
101121MED112A20GENERAL ANATOMY( LAB)0Wed 9:15**11:152CالمشرحةUnknownunpayed
101140MED1141CELL BIOLOGY & HISTOLOGY3Sun Tue 8:15** 9:15NURSING HALLNabil Azar Asad Khouriunpayed
101141MED114A8CELL BIOLOGY (LAB)0Mon 9:15**11:15مختبر الانسجة 2Unknownunpayed
101320MED1322GENERAL PHYSIOLOGY3Mon Wed 12:45** 2:15NURSING HALLUnknownunpayed
811121ENG11214ENGLISH LANGUAGE(2)3Mon Wed 2:15** 3:45M4203Unknownunpayed
912170CHEM2175ORGANIC CHEMISTRY3Sun Tue Thu 9:15**10:15NORTH HALLUnknownunpayed
Jangan tanya kenapa 'unpayed'. Sila tanye MARA ye. And for the spelling, sila tanye bahagian komputer JUST. huhu

Memang frust menonggeng la kalau tak dapat jadual seperti yang dah dirancang awal-awal. Macam sy ni. Even ada gap 4 jam, tapi tetap bersyukur  la jugak. Sebab nya, tak la nanti asyik online @ tido @ menghabiskan duit MARA di Arabella Mall saja. Kikiki. So,4 jam tu insyaAllah akan dihabiskan di library. Jadi minah library pulak la lepas ni. Sem 1 duduk dekat library 3 jam. Sem 2 jadi 4 jam. Mintak jauh la summer sem nanti jadi 5 jam pulak. Adoyai.

So, debaran dah berakhir untuk tasjil subjek. Sekarang debaran untuk final exam pulak. 
  1. BIOLOGY LAB
  2. PHYSICS
  3. ENGLISH
  4. BIOLOGY
  5. CHEMISTRY
  6. ARABIC
  7. kite enjoy!!!!! MESIR sedang menantikan ku. Haha. Jangan jeles!!!
Hehe. memang tak sabar betul nak cuti lepas habis exam. Tapi nak ke cuti tu, kene exam dulu. Ehm, dah lumrah hidup. Asyik bergelumang dengan exam je. So, untuk kamu-kamu semua yang  akan menghadapi exam, selamat menjawab dan jangan nak main tembak je. Huhu. Doakan untuk saya juga ye semoga boleh jawab elok-elok.