Sunday, November 27, 2011

Selamat Hari lahir Nur Rashidah Muhamad!

Happy birthday kepada diri sendiri yang sudah mencecah umur 19 tahun pada 26 NOVEMBER baru -baru ni. Sila ingat tarikh tersebut, harap maklum *ehem*.

Tahun terakhir untuk merasa ada nombor 1 di hadapan angka umur tu. Next year dah  jadi 20. *uhuk uhuk*


saeng il chuk ha ham ni da
saeng il chuk ha ham ni da
sarang ha neun Shidah shi
saeng il chuk ha ham ni da



* clap clap clap *

Thanks to all yang wish birthday saya samada di fb, message, call. Special thanks to kawan-kawan yang datang rumah untuk celebrate birthday saya. Tak mengharap pon ada sambutan-sambutan ni. Tapi dah ada  orang buatkan, kita terima je la kann. *ayat mengalahkan artis gitu*

So, no azam-azam baru sempena umur baru. Sebab biasa tak buat pon. Bila takde azam ni baru jalan sikit kerja. Eh, macam tu pulak ye.

Kawan-kawan sebaya semuanya umur dah nak mencecah 20 especially yang lahir bulan 1. Yang kita ni baru nak sambut yang ke -19. tsk tsk. Tak pe la. Muda sikit kan. *evil laugh*

K bye.

Sunday, November 20, 2011

Gambar Aidiladha 2011

Photos during Aidiladha 2011 :)




Promote cookies buatan Farah yang sedaaapppp!

Alahai...ayunya semua....

Kalau dah nama perempuan, memang ni lah kerja nya :p

Jalan keliling 'kampung' untuk beraya.

Semoga bersahabat hingga ke syurga (^_^)

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 1432 H

Sebelum kita berhari raya dan ber-open house, apa kata update blog dulu ye dak? Hohoho. Ni tahun ke 3(?) beraya di perantauan. T_T

1st waktu SPM 2009, 2nd tahun 2010 time kat Jordan & 2011mengulang kembali tahun 2010. Nak kata tak sedih tu, menipu sangat la kan. Jauh dari family. Dengar takbir pon sayu je rasa. Tapi alhamdulillah ada masyarakat Melayu kat sini @ kawan-kawan semua. So, tak la sunyi sepi je kan. 

Btw, hari ni saja ada 5 jemputan open house. Huhh. Macam taw-taw je yang kita malas masak hari ni. Kehkehkeh. So, sekarang tgh prepare perut untuk dipenuhkan. Jom serbu!

p/s - Benda yang tak best nya ialah pagitadibangunlambatmakaterlepassolatrayahuhuhu.

Salam Aidiladha 1432H
kullu 3am wa antum bikhoir


Tuesday, November 1, 2011

Penat Fikir Nak Letak Tajuk Apa.

Salam Zulhijjah.

Lama dah tak update blog. Ni semua gara-gara kemalasan melampau, exam, & no idea at all. Sekarang dah buat calobration dengan seseorang pulak dalam satu blog tu. Haish. Makin bertambah la kerja. But it's not the priority. Of course la study priority utama kan. *Nak-nak pulak belajar subjek yang selalu buat blood pressure meningkat. Huhu*

Tetibe dapat semangat baru nak post entry. Tapi tak tahu nak cakap pasal apa (?)

Actually, tadi tetibe rindu kat kawan sorang ni. Dia sedang buat prep kat KMB. 2 tahun. Then, insya Allah akan fly next year, I guess. Waktu mula-mula isi borang MARA dulu, dia ingat sy pilih medic Europe. Kalau boleh nak sama-sama. Tapi sy pilih Middle East & dia pilih Europe. Sedih jugak la bila dikenang kembali.

But then, masing-masing dah pilih jalan masing-masing kan. Takdir masing-masing. Yang Allah dah tetapkan yang terbaik untuk masing-masing. *Apahal banyak masing-masing ni. Gosh*

So, try la jugak untuk terima ketentuan tu. Tapi still susah lagi kot. Dah masuk tahun 2 kat sini pon rasa macam =_=". Paham kan? Tension + tak suka + masih terfikir ‘kenapa aku datang sini???’ + aarrrggghhh!!!

Haa. Macam tu rasa dia. Tak baik kan. *istigfar*

Masih cuba, cuba dan terus mencuba untuk suka + sayangkan arab & Jordan. Yeah. Jgn lupa medic sekali. Huhu. 

Tak paham jugak kenapa tulis benda-benda mcm ni. Tapi nak delete macam malas sebab dah penat tulis. Yang pasti ini entry luahan perasaan.