Sunday, May 29, 2011

Penat & Letih & yang sinonim dengannya

Huhh. Penat-penat. Ni semua final exam punye pasal. Start dengan ANATOMY, HISTOLOGY, ORGANIC CHEM. Semua subjek gaye nak membunuh je. Nasib baik ENGLISH baik sikit. And hopefully for the last paper, PHYSIOLOGY, hope you will be kind to me. Baru I sayang you lebih taw.

Lepas habis exam organic chem petang tadi, kitaorang satu batch pergi ambil gambar ramai-ramai. Batch 10/11 Medicine and Dentistry. Tapi gambar tak de lagi. Kalau dah ada, sy upload k.

Tu je nak tulis. Dah la. Tak berapa ada mood ni. Nak tido lah. Merajuk dengan OC. K bye-bye. 

p/s - Budak dentist dah habis exam. Serius jeles. Budak Medic, 2hb baru habis. Then, merdeka!! yahoooooo!!!!!

Friday, May 27, 2011

Dah Tua Dah Awak

Tepat 12.00 tengah malam, 28 Mei 2011, genaplah 91 19 tahun umur dia ni.


"Selamat Ulang Tahun Kelahiran!!!"

*percikan bunga api * boom boom boom kebabowww*

ni untuk awak. tak dapat den nak mengepos nye. cilok dari google saja lah.

Semoga
|
|
|
Amalan bertambah seiring dengan peningkatan umur.
Dipanjangkan umur.
Dimurahkan rezeki.
Mencapai cita-cita & impian dalam hidup.
Dapat jodoh yang baik + solehah  + comel + rajin + bijak pandai.
Cepat kawen *wink wink* hehe.

Tak tahu la kenapa rajin sangat nak buat entry khas untuk awak ni. Tak percaya? Ye untuk awak la. Sapa lagi kalau bukan awak. Nak tahu kenapa?

Sebab nye awak antara kawan yang baik dengan saya. Saya ada ramai kawan baik. Tak terlist taw. Awak pon kenal diaorang dan ada jugak yang awak tak kenal. Tapi antara ramai-ramai tu, awak ni macam lain skit. Nak taw kenapa? Nanti sy bagitahu. Hihi

Tu satu. Yang kedua, sebab awak selalu ada time sy sedih, down, tension,  rase nak balik je rumah,  rindu kat Malaysia, kawan-kawan, makanan ; time sy rase nak luah perasaan tapi tak tahu nak cakap kat sape.

Thanks ye awak. Ada ketika sy happy & sedih.  

Btw, lupa nak cakap yang AWAK DAH TUA! Dan yang penting, sy muda lagi. Kikiki.

p/s - Draft 3 hari yang lalu. Semangat kan sy. ^_^
p/s - Huhh. Kat sini belum 28th lagi. Still 27th tapi kat Malaysia dah 28th. 
p/s/s/s - Teringat kata-kata kawan, 'Ucapkanlah terima kasih kepada ibu kita yang telah melahirkan dan membesarkan kita selama kita hidup di atas muka bumi ni'. & I really do that for my 18th birthday ok. (bukan nak menunjuk, riak sikit je. Kehkehkeh)

Tuesday, May 24, 2011

There Is No Reason To Say 'NO'

Choose ; Heaven or hell?

Do you agree??? Why must we say ‘NO’ to do good and great things? As we already know that it will give us a lot of benefits.

For example, most of the people give a lot of reasons when it comes to religious thing. There is no reason for you to say no to Allah orders.

“O mankind! Do your duty to your lord, and fear (the coming of) a day when no father can avail aught for his son, nor a son avail aught for his father. Verily, the promise of allah is true: let not 
then this present life deceive you, nor let the chief deceiver deceive you about Allah.”

“Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.” (Al-Luqman, 33)

Allah is merciful to us and would not let us fall into condusion. He gives us the best guidance. He tells us all we need to know in order to live a happy life. Most importantly, he tells us what is our true goal in life and the reason that this world is created. 

This means that we must obey Allah(swt) and worship him. This is the reason for which we have been created. Refer 2:30 and 51:56. Allah does not need any food or help from us. He is the one who gives food and help. He gave us everything that we have, He wants us to be good so as to deserve his rewards. This must be our main goal in life. All other goals should be secondary and supportive for this great goal.

So, ask your iman.?Why must we say no?

Wednesday, May 18, 2011

Result Sudah Keluar!

Cuak...cuak..cuak..


Result matrik dah keluar. Walaupon sy bukan budak matrik tapi sy tetap risau. Kena tunggu Sabtu ni baru taw. 


Hope dapat ok. PNGK 3.5 & above. Doakan ye!

p/s - Kalau tak faham, buat-buat faham ye. 
p/s/s - Esok exam Anat!!!! Banyak lagi tak bace. Doakan sy ye :)


update - Alhamdulillah result UPU baru ni dapat UMP. Memang nak sangat dapat kos & uni tu. Tahniah! :)

Monday, May 9, 2011

Detik-detik Pemergian Rasulullah


Tengok banyak kali pun tetap meleleh-leleh air mata. Korang tengok la sendiri ye. Semoga menambahkan lagi kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW. Rasulullah nak wafat pun masih lagi teringat kat umatnya iaitu kita. Kita pulak macam mana? Kalau dah nak mati, opkos la tak teringat kat orang lain dah. Tepuk lah hati di dada, tanya iman masing-masing. 

Selamat menonton dengan mata hati.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s - Nak sambung nangis. Sob sob sob.

Saya Sayang Mama Saya.

Selamat hari mama kepada mama saya yang tersayang.
Selamat hari ibu kepada ibu-ibu.
Selamat hari mak kepada mak-mak.
Selamat hari mummy kepada mummy-mummy.
Selamat hari ummi kepada ummi-ummi.
Dan semua-semua lah tak kira la apa jenis panggilan.

I LOVE U MAMA.

time ni hari raya tahun 2010. kat umah tok & wan. mama tengah tengok tv time ni. muda tak mak saya? hehe

Terima kasih mama atas segala yang mama dah buat untuk akak dan adik-adik.
~ Tolong ngajar ngaji, ngaja Bahasa Melayu, ngaja yang PPSMI. Huhu.
~ Tolong masakkan. *Semua sedap-sedap. Nanti akak balik, tolong masak lagi ek. Hehe*
~ Tolong basuh baju.
~ Tolong ironkan baju.
~ Tolong kejut subuh.
~ Tolong doakan akak setiap masa.
~ Tolong jahit baju.
~ Tolong bagi duit belanja.
~ Tolong jaga akak time sakit.
~ Tegur akak time akak buat salah.
~ Tolong pujuk kalau akak nangis or merajuk. * Sekarang dah kurang dah*
~ Share masalah sama-sama.

Dan macam-macam lagi la. Tak terlist dah. *Apahal semua start dengan huruf T ni. Satu je yang start huruf S. Huhu*

Thanks mom. You are the dearest mom. Akak sayang mama sangat-sangat.

To my adik and abah, jaga mama elok-elok. Akak duduk jauh. Nanti akak balik, akak pulak tolong jagakan ye. Hehe.

Akak doakan mama bahagia dunia akhirat. Cepat-cepat tunaikan haji bersama abah ye.  Semoga sentiasa di bawah rahmat - Nya. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.




p/s - Balik nanti baru claim hadiah k. ^_^
p/s/s - Entry ditujukan juga kepada bakal mak mentua. Kikikiki.
p/s/s/s - Abah jangan merajuk pulak. Nanti untuk abah, akak buat yang lain ye. Peace!!

Thursday, May 5, 2011

Bila Internet Connection Asyik Buat Hal...Huhhhh

Hai pakcik GOOGLE!!!!

Syarikat Orange di Jordan. Macam TM kat Malaysia la lebih kurang.

Ni nak membebel sekejap ni. Aish. Tension tension. Elok-elok baru habis exam, nak enjoy kejap pon tak boleh. Ni internet punye pasal la ni. Buat hal pulak. Bikin panas saja. Huhu.

Actually, semalam adalah last paper for midterm exam iaitu ANATOMY LAB yang antara-semua-subjek-ni-la-yang-paling-tak-berapa-nak-buat-baik-dengan-saya. Redha je la berapa markah pon. Huhu. Tak nak fikir dah. Kalau tak empatpulohhari empatpulohmalam  tak boleh tido.

So,lepas habis exam, kite enjoy!!!! Tapi malang sekali, disebabkan IRBID ni bukan lah macam KL yang ada berlambak shopping complex tu, so, nye dengan berat hati, layan movie je la. Segala jenis movie dalam hard disk tu semua dah layan. So, layan kat youtube je la. Tapi internet ni, tak boleh tengok orang senang sikit. Time orang nak dia, dia buat hal la pulak. Huhu. Dah la sekarang awal bulan. Laju je internet dia. Memang best giler la. Tapi kalau internet buat hal macam sekarang ni, perkataan best tu pon hilang. Yang tinggal giler je. Huhu.

Ni nasib baik ok skit. Kalau buat hal lagi, siap la. Kerat 18 baru taw!! Jangan main-main. Huhu.

p/s - Syok tengok CUN. Smooth je. Tak payah tunggu loading lama-lama. Haa, macam ni baru i sayang. Hehe. ^_^