Tuesday, May 29, 2012

Jubah Abaya Hitam Limited Edition 2! Siapa cepat, dia dapat!


Ini adalah kali pertama saya menjual jubah abaya hitam. Maka, bilangan jubah yang dijual untuk satu-satu design adalah amat terhad. Jika ada permintaan yang menggalakkan, saya akan cuba untuk dapatkan design yang lebih menarik dengan kuantiti yang lebih banyak. Terima kasih kerana membeli daripada saya. :)
Kesemua jubah yang dijual diimport khas daripada Timur Tengah.
Harga masih boleh ditawar :)


KOD AZ004 - 2 SAHAJA
# update - SOLD OUT

Kain yang tidak jarang.
Mempunyai zip dari atas sehingga ke bawah di bahagian hadapan.

Saiz 1
Ukuran bahu    = 15 inch
            lengan  =  22.5 inch
            dada   = 19 inch
            labuh   = 51 inch

Harga sehelai jubah = RM 170

Gambar penuh jubah.


Kemasan di bahagian leher. (putih & hitam)
Mempunyai zip dari atas sehingga ke bawah untuk memudahkan pemakaian.


Kemasan di bahagian bukaan lengan.




KOD AB001 - 2 SAHAJA

Kain yang tidak jarang.
Abaya jenis berbutang di bahagian tengah - namun butang tidak akan kelihatan dari pandangan kerana mempunyai lapisan lain untuk menutupinya.

Saiz 1
Ukuran bahu    = 15.5 inch
            lengan  =  22.5 inch
            dada   = 19 inch
            labuh   = 50 inch

Harga sehelai jubah = RM 170



Gambar penuh jubah.


Kemasan di bahagian leher. (manik hitam)

Zoom - Kemasan di bahagian leher. (manik hitam)

gambar i - Dari pandangan hadapan. Tidak kelihatan butang langsung kerana dilindungi.
gambar ii - Terdapat butang yang dilindungi oleh kain hadapan.
gambar iii - Bahagian hadapan, butang di bahagian kedua dan ketiga.  




KOD AL001 - 2 SAHAJA
#update - tinggal 1 sahaja lagi

Kain yang tebal tidak jarang.
Mempunyai zip di bahagian hadapan untuk memudahkan pemakaian.
Mempunyai design lengan yang lain daripada yang lain (lihat gambar).

Saiz 2
Ukuran bahu    = 15.5 inch
                  lengan  =  20 +1.5 inch
            dada   = 20 inch
            labuh   = 51 inch

Harga sehelai jubah = RM 175


Gambar penuh jubah.


Kemasan di bahagian leher.
Mempunyai zip di bahagian hadapan dari atas hingga ke bawah.
Zip tidak akan kelihatan/terlindung dari pandangan orang lain.


Design lengan. (20 +1.5 inch)
Bahagian lengan mempunyai 2 layer (dalam dan luar)


Terdapat 2 bahagian. Lengan dalam dan lengan luar. Boleh dilihat perbezaan di dalam gambar. 

Bahagian lengan dalam lebih tebal dan dijahit . Manakala lengan luar adalah nipis sedikit dan boleh diselak kerana bahagian dalam sudah dapat melindungi aurat. 

Anda tidak perlu risau akan aurat anda kerana adanya lengan bahagian dalam tersebut. 
Tidak perlu risau akan menampakkan bahagian tangan (eg - ketika mengangkat tangan).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kerana membeli. Lain kali, beli lagi :)



Jubah Abaya Hitam Limited Edition 1! Siapa cepat, dia dapat!

Ini adalah kali pertama saya menjual jubah abaya hitam. Maka, bilangan jubah yang dijual untuk satu-satu design adalah amat terhad. Jika ada permintaan yang menggalakkan, saya akan cuba untuk dapatkan design yang lebih menarik dengan kuantiti yang lebih banyak. Terima kasih kerana membeli daripada saya. :)

Kesemua jubah yang dijual diimport khas daripada Timur Tengah.
Harga masih boleh di tawar :)




KOD AT001 (LIMITED - 1 SAHAJA)

Kain yang tebal dan tidak jarang.
Mempunyai zip di bahagian tengah (6 inch).
Design yang simple tetapi masih mempunyai ciri-ciri elegan.

Saiz 1
Ukuran bahu    = 16 inch
            lengan  =  23 inch
            dada   = 21 inch
            labuh   = 50 inch

Harga sehelai jubah = RM 160

Gambar penuh jubah 


 Kemasan zip di bahagian tengah untuk memudahkan pemakaian


Kemasan di bukaan lengan


KOD AZ001 (LIMITED - 1 SAHAJA)

Kain yang tidak jarang.
Mempunyai zip penuh dari atas hingga ke bawah di bahagian tengah.

Saiz 1
Ukuran bahu    = 16 inch
            lengan  =  22.5 inch
            dada   = 20 inch
            labuh   = 50 inch

Harga sehelai jubah = RM 160

Gambar penuh jubah.


Kemasan di bahagian leher. (pink & putih)

Mempunyai zip dari atas hingga ke bawah. Zip terselindung, iaitu tidak akan kelihatan daripada pandangan (seolah-olah tiada zip di bahagian hadapan).


Kemasan di lengan. (pink & putih)



KOD AZ002 (LIMITED - 1 SAHAJA)

Kain yang tebal dan tidak jarang.
Mempunyai zip dari atas sehingga ke bawah di bahagian hadapan.
Design yang tidak terlalu sarat dan tidak terlalu simple.

Saiz 1
Ukuran bahu    = 15.5 inch
            lengan  =  23.5 inch
            dada   = 19 inch
            labuh   = 50 inch

Harga sehelai jubah = RM 150

Gambar penuh jubah.


Mempunyai zip dari atas hingga ke bawah. Zip terselindung, iaitu tidak akan kelihatan daripada pandangan (seolah-olah tiada zip di bahagian hadapan).


Kemasan di bahagian leher.

Kemasan di bukaan lengan.


KOD AZOO3 (LIMITED EDITION - 1 SAHAJA)

Kain yang tebal dan tidak jarang.
Mempunyai zip di bahagian tengah dai atas hingga ke bawah.

Saiz 1
Ukuran bahu    = 15 inch
            lengan  =  23.5 inch
            dada   = 19 inch
            labuh   = 50 inch

Harga sehelai jubah = RM 170


Gambar penuh jubah.


Kemasan di bahagian leher. (biru & putih)


Kemasan di bahagian bukaan lengan.


Terima kasih kerana membeli. Lain kali, beli lagi :)

Tuesday, May 22, 2012

Nasi Kerabu Marvellous Super Delicious! Version Perantau

Sekarang semua orang nak jadi masterchef kan. I pon nak jadi jugak. Masterchef Irbid sudehhh. Walaupon layak untuk join Masterchef Malaysia, tapi takpe lah, saya dah tolak awal-awal sebab nak bagi peluang Ezani menang.*berangan lebih*

Pagi tadi pergi pasar beli barang untuk masak. Kempunan nasi kerabu sebenarnya. Hari tu pernah buat tapi tak berapa jadi, sebab bahan tak cukup. Biasa la first time kan. So, kali ni, kita buat yang menjilat jari punya.

Resepi nabi kerabu ni berlambak dekat Google tu. Cari je tapi sebab ni edisi perantau spesel, sy tuliskan la jugak resepi nye. Faham-faham je la bunga kantan, daun kesum bagai tu takde kat negara selain Malaysia, so dalam resepi ni  tak digunakan. Sangat simple, ringkas tapi sedap!



1. Nasi
- Beras
- Air yang secukupnya
- Pewarna biru
- Daun pandan *Optional. Untuk bagi wangi nasi tu. Tapi kalau takde pun, tarak masalah.



Cara-cara nak masak nasi semua orang pandai kan. So, tak perlu nak bagitahu dah la ye.

2. Kuah sambal lemak.
- Bawang besar - blend
- Bawang putih - blend
- Cili kering - blend
- Santan / susu cair
- Air secukupnya
- Asam keping
- Serai - blend *optional. kalau ada boleh masukkan.
- Garam & gula
*Kuantiti bergantung kepada bilangan orang yang nak makan. Pandai-pandai la adjust. Saya tak sukat pun, ikut sedap rasa je.


Mula-mula tumis bawang besar dan bawang putih yang dah di blend. 
Bila agak kekuningan *tanda dah masak*, masukkan cili kering yang dah di blend. 
Next, masukkan susu cair/santan dan air. Kacau sehingga mendidih. 
Lastly, masukkan gula, garam dan asam keping. 

Lagi pekat kuah tu lagi sedap. Depends nak cair atau pekat. Kalau nak bagi warna kuah ni lebih mengancam yakni merah memukau(?), boleh masukkan cili serbuk.

3. Ayam goreng
- Ayam yang dipotong
- Kunyit
- Garam
*Saya guna ayam sebab kat sini susah bebenor nak cari ikan.


Ni semua orang tahu cara menggoreng. Small the pieces.

4. Kerabu / ulam-ulaman
- Kobis - dicincang halus
- Kacang panjang - dipotong kecil
- Timun - dicincang halus
*Daun kesum, bunga kantan tu semua tu takde kat sini. tapi kalau sesiapa ada, boleh masukkan.



Gaulkan semua bila dah siap potong.

5. Kelapa goreng
- Kelapa parut


Gorengkan kelapa parut di atas kuali dengan api yang kecil supaya nanti tak hangit. Tak perlu guna minyak.
Sentiasa gaul-gaulkan kelapa ni sebab kalau leka sikit, hangit la yang berada kat belah bawah tu.
Goreng dengan penuh kesabaran ye. Sekejap je pon.

6. Budu
- Budu
- Hirisan bawang besar
- Limau nipis - diperah
- Cili kecil - dipotong kecil

Biasa makan dengan budu ni. Feeling kelate sikit kan. Tapi time ni saya takde stok, so tak buat lah. Kalau ada, boleh buat. No prob.


Tadaaaaaaa. Dah ciap dah Masterchef Shida masak :)

Selamat memasak. Senang je nak buat ni. Tapi orang lebih rajin beli dari masak sebab dia banyak sangat bahan yang perlu disediakan. Tapi dalam resepi saya ni, dah ringkas sehabis mungkin dah. Ni pon sebab takde bahan. So, rajin-rajin la masak ye. Lebih puas hati :)

Monday, May 7, 2012

JJCI 5 - Aqabah (Family Day, Dinner & Meeting)

4 Mei, Aqabah - Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan yang lebih dikenali dengan nama BKMPJ telah mengadakan Program Trio di pantai Aqabah baru-baru ini. Program yang menggabungkan Hari Keluarga, Annual Dinner dan Annual Grand Meeting ini disertai oleh anak-anak negeri Pahang yang sedang menuntut di Jordan. Seramai 89 orang telah menyertai program tersebut termasuklah seorang kanak-kanak cilik yang bernama Jannah. Program yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah di antara ahli-ahli BKMPJ. 

pehhpehhpehh. adagayapembacaberitatv3tak? kehkehkeh.

4 & 5 Mei baru-baru ni, BKMPJ buat Family Day. Tahun lepas ada buat jugak tapi sy tak join sebab balik Malaysia. Tahun ni, diaorang buat before Spring holiday. So, boleh la join kan walaupun next week dah final exam. Hewhewhew.

Kitaorang bertolak malam 3 Mei tu sebab perjalanan 6 jam. So, tido atas bas je la kan. Habis lenguh sakit satu badan. Tapi bila dah sampai, hilang semua kelenguhan kesakitan tersebut. Sangat ajaib! Haha. Pantai Aqabah ni tak la secantik pantai kat Malaysia tapi boleh laaaaa. Sekurang-kurangnya terubat rindu nak main air. Ahhh rindu Cherating.



Time ni ice breaking.

Ice breaking lelaki.

Main pecah-pecah belon.

Berehat sebentar bersama Swissroll dan air kotak.

Orang lain semua pakai baju Pahang (hitam putih) tapi ada sorang mahkluk tu tersesat tak beli so, pakai tudung pink menyala. Hewhewhew.

Pertandingan buat sesuatu yang menggambarkan negeri. Kitaorang kena buat pasal Lipis. Mercu tanda Lipis yang terkenal ialah 0 km.

Yosh! Bergerak Bersama BKMPJ 2012

Petang tu berehat. So, lepas tido terus gerak keluar gi pantai. Kempunan sangat nak main air, so time ni kita enjoyyyy!!!! Tapi sepanjang kat pantai, perempuan dewasa(?) yang mandi pantai hanyalah sy seorang. Huhu. Malunya i! Lain-lain semua budak-budak & orang laki je. But who cares *sambil hayunkan rambut ke belakang dan kening terangkat-angkat*



Mula-mula paras lutut, then paras pinggang, pastu basah satu badan terus. Mujur tak masuk kepala je sbb anak tudung tak bawak spare & tak dilupakan sebab ada topi cantik atas kepala. *nak posing kan. Kena la ada topi penambah perisa* Kalau tak, lama dah rendam kepala.


Malam tu Annual Dinner. Ada tayangan, makan seafood, kuiz, anugerah pakaian tercantik dan anugerah kecemerlangan.

Kawan-kawan saya yang cute!

Bersama dengan AJK kuat BKMPJ. Kawan baik saya di Jordan:). Kitaorang sama sekolah rendah - time tu tak la baik sangat dengan dia. Then jejak kasih di Jordan. Dunia ini sesungguhnya amat kecil.

Ni hadiah cabutan bertuah. Tapi sesungguhnya saya amat tak bertuah malam tu. Selalu tak bertuah. Sigh.

Esoknya Annual Grand Meeting. Yeah, meeting adalah perkara yang membosankan tahu. Mujur saya jadi AJK so rasa berguna la jugak pergi AGM tu.

Jaga pendaftaran. Ahhh semua buat muka comel. Harap jangan terpikat semua.

Last picture before leaving.

Last picture for this year.

Alhamdulillah dah habis dah Program Trio BKMPJ ni. Before balik, singgah di balad = pekan Aqabah untuk beli kekacang dan coklat sebab murah. Macam Langkawi la lebih kurang. Hasilnya ----->

You will never thought that these batu-like shape are chocolates yang sangat sedap! 

Monday, January 30, 2012

Winter Break 2012 - Spain part 1

During last winter holiday, i went to Spain and Ireland. 4 days in Spain and another 4 days in Ireland. (Speaking la pulak mentang-mentang gi Europe. kehkehkeh) Actually tak expect langsung nak pergi trip ni. Last minute baru decide. Yeah, before this i went to Egypt. So far tak pernah jejak ke bumi Europe. So, this is the first time. Quite teruja jugak sebab ni memang impian sy sejak zaman baby-baby sekolah lagi. 

Ramai jugak yang join trip ni (we called it 'jaulah'). We were 28 all together. So, sebab ramai sangat masa kat Spain, kitaorg pecah to 2 groups. Sebab kat Spain ni, diaorang pandang pelik sikit kalau jalan ramai-ramai. Even 1 group = 14 orang pon agak ramai kalau nak ikotkan.


transit at Gatwick Airport for 8 hours before getting on my flight to Spain


After about 3 hours, we arrived at Malaga Airport, Spain. Time ni baru kitaorg berpecah. Group saya pergi Granada, satu lagi group ke Cordoba. Naik bas lebih kurang 3 jam perjalanan. Memang penat la sebab tadi dah naik plane, sekarang bas pulak. 3 jam pulak tu. Huhu. 

Direct bus from Malaga Airport - Granada Station Bus. So, no need to exchange bus. Easy rite? :)


Tapi seriously, bandar Granada memang sangat cantik! Macam bandar dalam taman. Jalan kat sana semua nya kecik-kecik(?), means muat-muat je untuk kenderaan tu lalu. Kadang-kadang seram jugak bila tengok bas kitaorang membelok, rasa macam nak terlanggar orang tepi jalan tu sebab lane dia macam kecik je rasa. Hehe. Comel je.

Tak dapat nak ambil gambar pejalan kaki yang membawa anjing nya berjalan-jalan di taman kecik yang comel masa tu sebab berada atas bas so,gambar mengalami gegaran berskala 7.8 richter. My bad. Pergi sendiri baru tahu kot. Memang asyik ternganga je mulut ni sebab sangat-sangat cantik. Yeah, maybe sebab kat Jordan tak cantik dan dull je colour dia so, bila datang Spain, memang teruja la.


sy just google je gambar ni. tengok jalan dia, kecik kan. tapi mini bus pon lalu kat sini kot. serammmm.

Kalau nak cerita kecantikan dan keindahannya, sepuloh hari sepuloh malam pon tak habes. Pergi sendiri la ye. Time honeymoon ke. Cehh waahhh. Haha.

For the first day, we went to Al-Hambra. Yang famous giler tu! Ada satu lagu nasyid cerita pasal ni. Lagu apa ntah, tak ingat.

Sitting on top of the hill, the Alhambra stands as a fortress guarding and looking over the city below. It is about a mile walk up the hill to the office from the center of the city below. The Walk Itself is quite lovely, winding through trees and dotted with pools and Fountains. Once at the top of the hill, tourists are bombarded with restaurants, shops, and tourist stalls that can only be found when doing a granada travel. Get one full day tour to the Alhambra and Generalife, That is provided you have booked the tickets in advance over the internet. One of the beautiful sight that you will get when granada travel with a visit to The Alhambra is a beautiful Patio de Los Leones inside the Nasrid Palace which is one of impressive architecture. The Alhambra is a combination of fantastic architecture and atmosphere concecpt very harmonious garden that makes a lot of tourists who want to visit the Alhambra when making granada travel, in addition to The Alhambra was also one of the most visited tourist attractions in Spain.
Taken from here 

Al-Hambra ni sangat luas, cantik, menarik, wonderful, gorgeous dan segala nya lah. Dalam tu ada Nasrid Palace, Court of the Myrtles ( Patio de los Arrayanes), Court of Lions ( Patio de los Leones), Generalife and esektera esektera.

Banyak la ada dalam ni sebab tu dia luas tapi yang sy nyatakan atas tu, tu yang paling famous kat Al-Hambra ni. 

Al-Hambra (bahasa Spanish) ni sebenarnya berasal dari perkataan bahasa Arab (al - hamra'). Kalau translate Melayu, jadi 'yang kemerahan'. English pulak jadi 'the red one'. Diasaskan oleh Muhamad Ibnu Al-Ahmar. namun jatuh ke tangan Kristian pada tahun 1942. So, masa ni orang Kristian cuba untuk membuang segala ukiran yang terdapat nama Allah di dinding Istana. Boleh dilihat kesan kikisan tu sampai sekarang, namun tak berjaya dikikis semua oleh diaorang. Ada jugak ukiran-ukiran yang dibuat oleh pemerintah Kristian tapi tak jelas sebab terhakis ditelan zaman. Tapi ukiran yang dibuat oleh orang Islam berkurun dulu, masih jelas terpahat di dinding istana tersebut . * macam dokumentasi pulak.Kihikih *

Kita layan gambar dulu okeh?


Hotel Atenas. Penginapan sepanjang di Granada. 

Peta sebagai guide untuk melawat sekitar Al-Hambra.
Sila open image in a new tab untuk tumbesaran yang lebih baik

Senarai tempat yang ada dalam kawasan Al-Hambra. 66 tempat kottt. Serius besar.

In front of Al-Hambra.

Bajet tengok map la sangatttttt.

Meaning = the Seven Storey Gate.

 




Depan dia boleh nampak bangunan ni (Parador).

Meaning = Palace of the Abencerrajes.
i dont know much 'bout it. sy ni asal nampak papan tanda je tangkap gambar tapi ngak tahu apa dia yang ditangkapnya -_-'

P said to S - Sebab tak paham bahasa Spain dan time kat sana, tak banyak buat catatan, so macam susah sikit nak buat entry ni. Dah la banyak sangat sejarah dia. Paham-paham la bab sejarah ni memang lama sikit la nak kena telaah nya -_-'. So, slow-slow ye. 

BERSAMBUNG...